![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250203/srk-ub030225-ks-runtuh-1.jpg)
Keadaan runtuhan di Jalan Ulu Sarikei/Sebangkoi semalam.
SARIKEI: Satu kejadian tanah runtuh telah dilaporkan di Jalan Ulu Sarikei/Sebangkoi, dekat sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Arrahman Chik berkata, jalan tersebut merupakan jalan penghubung empat rumah panjang.
"Berdasarkan pemantauan oleh anggota bomba di lokasi terbabit mendapati runtuhan tersebut telah berlaku di bahagian tepi jalan di selekoh jalan berkenaan.
"Kawasan runtuhan tersebut telah dipasang kon plastik oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei sebagai tanda amaran.
"Pada masa yang sama, jalan tersebut telah diperbesarkan oleh pihak JKR dan boleh dilalui dua kenderaan pada satu-satu masa," katanya kepada media, semalam.
Tanah runtuh tersebut dipercayai berlaku akibat hujan lebat berterusan sejak beberapa hari yang lepas.
Menurut Arrahman, struktur tanah di kawasan runtuhan tersebut juga didapati tidak stabil dan berisiko runtuh lagi jika hujan berterusan.
"Berdasarkan situasi tersebut, penduduk yang menggunakan jalan ini diingatkan agar berwaspada dan berhati-hati," jelas Arrahman lagi.
|