CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7457|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perkuburan Islam Berpusat Sungai Dua dalam proses akhir disiapkan

[Copy link]
Post time 3-2-2025 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Perkuburan Islam Berpusat Sungai Dua dalam proses akhir disiapkan

Oleh BERNAMA - Februari 3, 2025 @ 5:14pm




(Gambar fail) Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid. - NSTP




BUTTERWORTH: Tanah Perkuburan Islam Berpusat Sungai Dua bernilai RM7 juta yang dibeli kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), kini berada dalam proses akhir untuk disiapkan.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), berkata proses pembelian terbabit dilakukan mengikut prosedur dan tanah perkuburan itu adalah bagi menampung keperluan penduduk serta umat Islam.

"Status terkini tanah itu ialah ia telah diserah hak milik kepada MAINPP oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara.

"Di atas tanah itu, akan dibina perkuburan berpusat dengan kos tambahan diperuntukkan oleh kerajaan negeri serta MAINPP sebanyak RM500,000.

"Proses tambakan tanah baru saja selesai dan selanjutnya adalah proses teknikal yang akan dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau diminta mengulas video tular dalam TikTok yang memaparkan gesaan penduduk Sungai Dua agar MAINPP mempercepatkan pembangunan Perkuburan Islam Berpusat Sungai Dua, di sini.

Mohamad memaklumkan setakat ini, Pulau Pinang tiada isu berkaitan tanah perkuburan dan sekiranya ia penuh, boleh dilaksanakan tanah perkuburan bertingkat.

Jika sesuatu kawasan itu dibangunkan perumahan baharu pula, beliau berkata, jenazah akan dikebumikan di kawasan berhampiran yang masih ada ruang untuk tujuan terbabit sementara menunggu proses mencari dan membangunkan tanah perkuburan baharu.

"Sekiranya tanah perkuburan penuh... saya mengambil contoh telah pun ada dilaksanakan di negeri ini pada 2001 iaitu di Masjid Jami'ul Badawi, setelah diputuskan harus oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bagi tanah perkuburan bertingkat," katanya.

Mohamad berkata, kewujudan tanah perkuburan berpusat di Pulau Pinang bukan disebabkan faktor tiada lagi tanah untuk dijadikan kawasan perkuburan.

Sebaliknya, beliau berkata, ia bagi memenuhi hasrat anak kariah yang ingin mengebumikan ahli keluarga di kawasan kariah dan berdekatan lokasi kediaman.

"Saya mohon agar kita selidik dan siasat apa jua maklumat yang sampai kepada pengetahuan kita agar tidak menjadi maklumat yang tidak tepat serta bertebaran di sekeliling kita," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1357016/perkuburan-islam-berpusat-sungai-dua-dalam-proses-akhir-disiapkan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.064191 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list