View: 7790|Reply: 1
|
Black Hanifah ‘Throwback’ Pernah Jual Kad Top Up Curi
[Copy link]
|
|
Sebelum mengorak langkah sebagai penyanyi kira-kira 16 tahun lalu, Black Hanifah pernah menjadi penghantar surat di sebuah syarikat kurier ketika berusia 19 tahun selain melakukan pelbagai pekerjaan lain.
Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 32, yang memulakan karier sekitar 2009 sebagai penyanyi mendedahkan sewaktu bekerja sebagai penghantar surat atau dispatch, dia pernah melakukan perbuatan tidak jujur serta pecah amanah ketika menjalankan tugasan kerana menjual barang yang ada pada bungkusan itu dan menyebabkan kerugian hampir RM2,000.
IG Black
“Kalau ada yang terlupa saya memang daripada kecil hidup dengan suasana meniaga... ayah saya meniaga buah, ikan, ayam dan kedai runcit sehingga saya jadi penyanyi pun dia masih lagi meniaga tapi sekarang Alhamdulilah mereka tidak lagi meniaga sebab saya mampu bantu keluarga saya.
“Sebelum jadi penyanyi memang saya meniaga tapi pernah juga kerja sebagai penghantar surat, saya kerja tu sebab kecewa atas beberapa faktor antaranya orang tak boleh terima nyanyian sebab muka saya.
“Saya kena hantar sebanyak 100 surat sehari dan anggaran gaji ketika itu dalam RM2,000 saja... Ada satu hari tu saya terjumpa satu bungkusan yang terkoyak dan dalamnya ada kad top up (tambah nilai) bernilai RM 2,000.
“Saya tak fikir panjang terus jual kad tersebut kepada rakan-rakan di kawasan rumah saya sehinggalah kantoi perbuatan saya itu,” cerita Black.
Sumber– mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah dah elok2 tutup aib kau, x malu ke buka aib dosa kau dekat orang ramai? |
|
|
|
|
|
|
| |
|