CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6598|Reply: 0

[Kedah] 'Harap hukuman setimpal, syukur jenazah Lim boleh dituntut esok' - Bapa

[Copy link]
Post time 3-2-2025 06:27 PM | Show all posts |Read mode
'Harap hukuman setimpal, syukur jenazah Lim boleh dituntut esok' - Bapa

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





MOHD Zaini Hashim menunjukkan gambar anaknya, Muhammad Muslim Mohd Zaini. FOTO Arkib NSTP/Zuliaty Zulkiffli





Alor Setar: "Syukur, Alhamdulillah, dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes bunuh anak saya sudah didakwa di mahkamah hari ini.

"Moga kedua-dua tertuduhdibicarakan dengan seadil-adilnya dan mendapat hukuman setimpal atas perbuatan mereka ke atas anak saya dan bapa angkatnya.

"Insya-Allah, saya sudah boleh tuntut jenazah anak di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), esok," kata Mohd Zaini Hashim, 63.

Mohd Zaini Hashim, 63, adalah bapa kepada Muhammad Muslim, 23, yang ditemui rentung bersama bapa angkatnya, Ibrahim Mydin, 61, dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Kota Tanah dekat Tongkang Yard, di sini pada 21 Januari lalu.

"Walaupun Lim (panggilan Muslim) sudah tiada namun sebagai bapa kehilangannya memberi kesan besar dalam hidup saya.

"Saya baru dihubungi polis minta ke Jabatan Forensik HSB untuk tuntut jenazah anak pada jam 10 pagi esok.

"Saya difahamkan jenazah Ibrahim juga boleh dituntut esok selepas keputusan ujian DNA mengesahkan identiti kedua-dua arwah," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, dia bercadang untuk membawa pulang jenazah anaknya ke rumahnya di Kuala Kedah dahulu sebelum disembahyangkan di Masjid As-Salam di Tambak Bunga terletak di kawasan itu.

Katanya, jenazah anak ketujuh dari lapan beradik itu dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam di masjid berkenaan yang terletak berdekatan kubur neneknya, Mahtom Abu yang meninggal dunia pada tahun lalu.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga emas dan anak angkatnya ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah dekat Tongkang Yard, di sini pada 21 Januari lalu.

Hari ini Mohd Fitri Saiful Rizuan Musa, 29, dan Muhammad Haizan Abdul Rahim, 19, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh warga emas, Ibrahim dan anak angkatnya, Muhammad Muslim.



Disiarkan pada: Februari 3, 2025 @ 4:43pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1183433/harap-hukuman-setimpal-syukur-jenazah-lim-boleh-dituntut-esok-bapa




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.189799 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list