CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6569|Reply: 0

[Kedah] Keluarga harap tiga nelayan hilang ditemui selamat

[Copy link]
Post time 3-2-2025 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Keluarga harap tiga nelayan hilang ditemui selamat

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 3, 2025 @ 4:16pm[email protected]





Bot yang dinaiki tiga nelayan itu yang dilaporkan hilang ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Kuala Kedah ke Kuala Kurau, Perak. - Foto NSTP/Ihsan pemilik bot.





KUALA KEDAH: "Kami sudah berpuluh kali hubungi telefon bimbit ayah tetapi sampai sekarang gagal dan berharap supaya dia serta dua lagi rakannya selamat.

"Ayah tak pernah hilang lama macam ni kerana dia sudah lama bekerja sebagai nelayan dan semoga Allah melindungi mereka," kata Amirul Amin Mohd Rosli, 23.

Amirul Amin adalah anak keempat Mohd Rosli Hassan, 49, yang masih hilang bersama dua lagi rakannya, Zamri Harun, 37, dan warga Thailand, Aree Tomyang.

Katanya, kali terakhir bapanya menghubungi ibunya, Norazian Salleh, 47, pada malam 25 Januari lalu kira-kira jam 11.30 malam dan memaklumkan dia hendak belayar pulang dari Kuala Kedah ke Kuala Kurau di Perak.

"Sepatutnya ayah sampai pagi esok tu (26 Januari) atau 27 Januari tetapi selepas itu langsung tiada khabar berita.

"Kami mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan rakan ayah beberapa hari kemudian selepas mereka gagal menghubunginya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Amirul Amin berkata, mereka sekeluarga masih berharap supaya ketiga-tiga nelayan terbabit diselamatkan bot lain walaupun sudah hampir seminggu mereka gagal dikesan.

Katanya, dia dan keluarganya turut melakukan solat hajat serta bacaan Yassin supaya mereka dipertemukan dengan segera.

"Setiap hari kami sedang menunggu panggilan daripada pihak Maritim Malaysia untuk laporan selanjutnya berkaitan ayah.

"Kalau sesiapa nampak atau selamatkan mereka, harap mereka hubungi pihak berkuasa dengan segera kerana kami sedang risaukan keadaan mereka ketika ini," katanya yang menetap di Kuala Sepetang, Perak.

Dalam pada itu, pemilik bot C yang dinaiki tiga nelayan terbabit, A Rama Najr, 55, berkata, dia risaukan keselamatan tiga nelayan terbabit yang dalam perjalanan pulang bot miliknya itu sebelum hilang sehingga sekarang.

Katanya, sebelum kejadian, adik lelakinya yang berusia 40-an turut berada bersama mereka di Kuala Kedah untuk menghantar bot itu untuk dibaiki disebabkan bot jenis C itu mengalami kerosakan di bahagian enjin serta beberapa bahagian lain.

"Selepas siap dibaiki, adik saya pulang dengan kereta melalui jalan darat manakala tiga nelayan itu pulang dengan bot berkenaan.

"Saya tak kisah kalau bot hilang tetapi saya bimbangkan keselamatan tiga nelayan itu kerana keluarga mereka risaukan keadaan mereka malah kami sudah berusaha menghubungi mereka berkali-kali tetapi gagal," katanya.

Rama berkata, dia kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan tiga nelayan itu dan berharap mereka selamat dan segera pulang ke rumah.

Katanya, bot C itu dibeli bersama ahli keluarganya yang lain sejak dua tahun lalu.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) dikendali dua awak-awak warga tempatan dan seorang Thailand hilang ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Kedah, Kedah ke Kuala Kurau, Perak pada 26 Januari lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata selepas seminggu hilang vesel terbabit masih gagal dikesan, mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan tiga awak-awak terbabit.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/02/1356995/keluarga-harap-tiga-nelayan-hilang-ditemui-selamat





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.041549 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list