CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6769|Reply: 0

[Pulau Pinang] Peniaga parah dikelar 2 lelaki dipercayai berkaitan hutang

[Copy link]
Post time 3-2-2025 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga parah dikelar 2 lelaki dipercayai berkaitan hutang

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





GAMBAR hiasan





Georgetown: Seorang peniaga cedera parah dikelar dengan pisau oleh dua lelaki yang dipercayai berkaitan dengan hutang di sebuah pangsapuri di Bandar Baru, Air Itam di sini, semalam.

Mangsa berusia 40 tahun itu dikatakan didatangi tiga suspek ketika dia berada di rumah bersama isterinya.

Dipercayai timbul perselisihan faham antara mereka sebelum seorang daripada suspek bertindak agresif dengan menggelar pipi kiri, dada, dan betis mangsa menggunakan sebilah pisau.

Susulan itu, ketiga-tiga suspek melarikan diri dan isteri mangsa yang melihat kejadian menelefon ambulans sebelum suaminya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi rawatan lanjut.

Difahamkan, polis polis kini sedang mengesan suspek utama dalam kes itu.

Sementara itu, dua lelaki direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi terhadap suspek berusia 39 dan 48 tahun bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.



Disiarkan pada: Februari 3, 2025 @ 4:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1183437/peniaga-parah-dikelar-2-lelaki-dipercayai-berkaitan-hutang




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.040547 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list