Tular sebuah video di media sosial India yang memaparkan seorang lelaki memanjat pencawang elektrik voltan tinggi setinggi 24.38 meter.
Portal berita Republic World hari ini melaporkan kejadian berlaku di bandar Bhopal, Madhya Pradesh beberapa hari lalu.
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu bertenggek di puncak menara elektrik di Madhya Pradesh, India. - Instagram
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @rajeshgarwal memaparkan pemuda bernama Vivek, 33, memanjat menara tersebut dalam keadaan mabuk.
Meskipun dirayu untuk turun oleh penduduk dan polis tempatan, dia tidak mengendahkan permintaan mereka.
Bahkan, dia kekal bertenggek di puncak menara elektrik selama 20 minit sebelum turun dengan sendiri.
“Kami segera menahan pemuda tersebut selepas dia turun,” kata polis.
Sumber– Kosmo |