Edited by sfhzuraz at 3-2-2025 07:25 PM
Pas teruskan usaha perpaduan ummah
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
03 Februari 2025 06:08pm
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/02/03/2992579.jpg)
Hashim Jasin.
KANGAR - Pas tidak akan berhenti dalam menyatukan ummah di negara ini malah usaha itu terus digerakkan oleh parti terbabit ataupun melalui perseorangan untuk bekerjasama dengan parti lain.
Mursyidul Amnya, Datuk Hashim Jasin berkata, perpaduan ummah yang mahu diusahakan itu juga turut melibatkan kerjasama dengan UMNO namun tidak disambut baik oleh pemimpin parti berkenaan.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, usaha berkenaan mungkin bakal menjadi kenyataan jika berlaku pertukaran kepimpinan dalam UMNO.
“Usaha untuk perpaduan ummah ini, Pas tidak pernah tutup dan sentiasa terbuka, jika perkara itu munasabah kita bergerak lah ke arah tersebut.
“Tapi dalam nak ke arah itu, nampak pihak kepimpinan (UMNO) yang tidak mahu tetapi rakyat di bawah mahu. Pemimpin yang tidak berusaha ke arah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Jelas beliau, usaha perlu digerakkan ke arah kerjasama perpaduan ummah seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.
Menurutnya, setiap pemimpin mempunyai pendekatan dan pemikiran yang berbeza, namun perkara tersebut perlu diletakkan ke tepi pada masa ini kerana apa yang lebih penting adalah untuk menguatkan perpaduan ummah.
“Apa yang berlaku sekarang ini, semakin ramai dan tidak hairan dengan sensitiviti Islam.
“Kes-kes yang berlaku sekarang ini baik di dalam negara mahupun luar negara seharusnya memberikan kesedaran kepada semua pemimpin untuk memikirkan perkara ini terutamanya dalam menguatkan perpaduan ummah dan Islam,” ujarnya.
Jelasnya, usaha itu juga perlu digerakkan oleh semua pihak termasuk pendakwah bagi memberikan kefahaman yang jelas tentang keutamaan perpaduan ini.
Pada Julai tahun lalu, media melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan tidak akan ada kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi Presiden Pas.
Menurutnya, keputusan itu ekoran pengalaman bekerjasama dengan parti tersebut sebelum ini yang menyaksikan banyak keputusan bersama di antara kedua-dua parti dikhianati Pas.
Ucapan tersebut dibalas Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan Pas juga tidak akan menjalin sebarang kerjasama dengan UMNO selagi Ahmad Zahid menjadi presiden parti itu.
UMNO dan Pas pernah membentuk kerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN) selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2018, namun kerjasama tersebut gagal bertahan lama sebelum berakhir sekitar tahun 2022.
https://www.sinarharian.com.my/article/710617/berita/politik/pas-teruskan-usaha-perpaduan-ummah
|