Melihatkan reaksi Thalita, Shuib terus memberikan semangat buat Thalita dan percaya dia boleh melakukannya.
"Kenapa pula orang tak support awak? Tempoh hari awak buat persembahan di Bukit Bintang ramai orang datang sayang.
"Kenapa awak tak yakin ke? Senang sahajalah nanti kita buat video. Sebelum ini awak pernah buat video tudung untuk order, macam itu sahaja.
"Jangan risaulah, kita doa sahaja mesti ada orang sokong nanti. Ini job pertama awak untuk reviu produk. Yakin sahaja okay?," katanya.
Pada 3 Januari lalu, Thalita membuat penampilan pertama menyanyi di hadapan khalayak ramai selepas tampil melakukan persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Thalita ketika itu menyampaikan lagu nyanyian Allahyarham ibunya iaitu Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan.
Sumber: mStar