CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25399|Reply: 0

Follower naik mendadak, mencurah rezeki Ronnie Hussein selepas masuk GV11

[Copy link]
Post time 3-2-2025 08:32 PM | Show all posts |Read mode
Biarpun gagal mara ke pusingan akhir, peyanyi Ronnie Hussein bersyukur rezekinya semakin bertambah selepas menyertai program Gegar Vaganza 11 (GV11).

Ronnie atau Shahron Hussein, 44, berkata, jadual kerjanya juga agak padat malah banyak menerima undangan nyanyian sehingga bulan Ramadan nanti.



“Alhamdulillah, impak selepas masuk GV ni sangat positif buat diri saya

“Ada beberapa tawaran kerja buat saya dan setakat ini jadual memang agak padat sehingga bulan puasa nanti,” katanya kepada mStar.

Ronnie berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert separuh akhir GV11 di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Dalam pada itu, kata Ronnie pengikut di media sosialnya juga semakin bertambah selepas bergelar peserta GV11.

Jelas bekas vokalis Hyper Act itu, ia boleh dilihat dengan ketara apabila komen dan tanda suka makin banyak terutama di aplikasi TikTok dan Instagram.

“Selepas masuk GV ni pengikut saya di media sosial naik dengan sangat drastik.

“Puluhan ribu juga pengikut saya naik di TikTok dan Instagram, dari segi komen dan tanda suka pun semakin meningkat,” jelasnya.

Pada konsert akhir GV11 nanti bakal memperlihatkan enam peserta akan berentap merebut gelaran juara.

Mereka ialah Liza Aziz, Ning Baizura, Dadali Dyrga, Sheila Abdul, Zehra Zambri dan The Lima.

GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad boleh ditonton menerusi siaran Astro Ria (104) pada setiap Ahad pukul 9 malam.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.310852 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list