CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25601|Reply: 1

Amira Othman terima notifikasi Fattah?

[Copy link]
Post time 3-2-2025 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Didakwa menerima notifikasi dari aplikasi TikTok yang dipercayai milik Fattah Amin, penyanyi Amira Othman enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya mampu membiarkan netizen menyiasat.

Meskipun tidak pasti sama ada notifikasi daripada lelaki terbabit, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, mengakui menjalin hubungan persahabatan dengan aktor itu.



“Kami berkawan, notifikasi kami berhubung dalam media sosial kalau ada yang nampak, biar sahaja detektif netizen yang buat kerja.

“Notifikasi itu kadang-kadang tanda suka pun boleh jadi notifikasi, stiker pun sama. Saya dah tutup notifikasi media sosial saya.

“Mengenai hal itu (terima notifikasi Fattah Amin) saya pun tidak pasti, kena periksa semula nanti. Adakah betul notifikasi itu daripada Fattah,” katanya kepada Kosmo! Online semasa ditemui pada pelancaran Rissa Skin X Fattah Amin, baru-baru ini.

  


Dalam masa sama, pelantun lagu Hati-Hati itu geli hati dengan pelbagai spekulasi muncul antaranya dan Fattah memandangkan dia lebih selesa menyimpan rapi hal peribadi.

“Saya terkejut dan tergelak kadang-kadang macam-macam spekulasi ada. Saya tiada apa nak ulas, apa yang saya cerita sebelum ini itu sahaja yang saya boleh cakap.

“Saya pun bukan orang yang kongsi berlebihan mengenai hal peribadi kerana tidak selesa.

“Tentang Fattah ini tiada apa yang saya boleh komen, apa yang anda nampak itu memang atas dasar kerja yang lebih-lebih itu saya tak tahu nak komen macam mana,” ujarnya.

  


Sebelum ini, tular video TikTok memaparkan tangkap layar telefon Amira yang dipercayai ada notifikasi daripada Fattah.

Nama Amira juga disebut sebagai antara wanita yang mempunyai hubungan mesra dengan duda terbabit selepas bercerai pada 7 Oktober lalu.

  


Bagaimanapun, Amira menepis gosip berkenaan selain menegaskan hubungan mereka sekadar gimik muzik video single terbaharunya berjudul Bila Nak Kahwin.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn berangan la pempuan. Patah xkn ngorat pempuan yg xlawa. Semua yg dia ngorat before mmg lawa. Lopak dgn paz kategori lawa. Cerry yg mula2 dlu ja xlawa tu sbb patah nk tumpang menapak dlm industri je.

So u get my point? Dgn kening byk bulu sgt, mulut xcntik, mekap tebal tu klu buang nmpk yg real lg x elok..... so... bole stop dreaming.

Klu sepia barakbah xpun lawa level bini abe jo sek2 stewardess logik nk berangan. U better go back to audio room and just focus on recording
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045510 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list