CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25742|Reply: 3

Wanna Ali rahsiakan tarikh nikah, Herlok bakal suami

[Copy link]
Post time 3-2-2025 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Tiada angin tiada ribut, pelakon Wanna Ali mengakui sudah bertunang dengan jejaka pilihannya, Khairil Amri pada 9 November tahun lalu, namun memilih berkongsi berita gembira itu hari ini.

Wana atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali, 28, bagaimanapun enggan berkongsi secara terperinci mengenai majlis pernikahannya yang dilaporkan bakal berlangsung dalam waktu terdekat.



“Kami sebenarnya sudah mengadakan majlis pertunangan pada 9 November tahun lalu, namun hanya berkongsi berita ini hari ini.

“Alhamdulillah, selepas berdoa di Makkah agar ditemukan dengan jodoh yang tepat, akhirnya saya dipertemukan dengan insan bernama Khairil Amri.

“Mengenai tarikh pernikahan, saya akan maklumkan nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Ditanya mengenai detik perkenalan dengan Khairil, Wanna berkata, dia mula mengenali anak kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar itu sejak tahun lalu.

  


“Dia mula menyedari kehadiran saya selepas kawan saya memuat naik foto saya dalam akaun media sosialnya.

“Ketika itu, dia meminta kawan saya untuk mengajak saya keluar makan. Saya beberapa kali menolak ajakannya, namun akhirnya saya bersetuju.

“Selepas beberapa bulan berkenalan, kami menyedari kami mempunyai persamaan yang sama, iaitu sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

  


“Saya juga pernah memberitahunya sebelum ini, jika perkenalan ini hanya sekadar suka-suka, saya tidak mahu membuang masa. Namun, dia menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan untuk berkahwin,” dedahnya.

  


Terdahulu Wanna berkongsi foto dan video sekitar majlis pertunangannya dalam media sosial.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon ke penyanyi ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 10:01 PM | Show all posts
Sape beliau ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 09:45 AM | Show all posts
Tahniah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.041073 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list