View: 26136|Reply: 16
|
Fazley Yaakob dipanggil adik-adik sebab lembut
[Copy link]
|
|
Dikecam berpenampilan ke arah ‘adik adik’ atau lelaki lembut, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob akui semakin menjadi perhatian selepas bergelar duda sehingga hal sekecil pemakaian kanta lekap berwarna dijadikan isu.
Lebih menghairankan, Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, 47, berkata, dakwaan tidak berasas sebegitu terus menjadi sebutan walhal sudah hampir tiga tahun dia menjadi duta produk kanta lengkap buatan Korea Selatan.
“Sejak saya bercerai, ramai mula perhatikan itu ini. Dahulu masa bergelar suami orang, kurang pula yang bercakap fasal saya.
“Sedangkan saya dah jadi duta kanta lengkap hampir tiga tahun. Kenapa baru sekarang orang nak persoal?” katanya kepada Kosmo! Online.
Menurut pelantun Asmara Ini itu, pemakaian kanta lekap bukan sekadar suka-suka mahupun ingin kelihatan lebih menonjol, sebaliknya demi memenuhi permintaan syarikat yang diwakili.
“Sebenarnya, saya perlu pakai kanta lekap berwarna sebab itu syarat kontrak sebagai duta.
“Warna yang saya pilih pun bukan keterlaluan, cuma mungkin sebab saya lelaki, itu yang nampak sedikit berbeza di mata orang.
“Tapi bagus juga kalau orang perasan, secara tak langsung membantu saya mempromosikan produk yang saya gunakan,” ujarnya.
Dihambur cacian, bapa kepada empat cahaya mata itu bagaimanapun tidak pernah terkesan dengan komen-komen negatif.
“Saya sebenarnya dah tak nak peduli sangat dengan kata-kata orang.
“Bagi saya, ini juga punca rezeki Lagi pun, sejak jadi duta kanta lekap, memang saya perlu memakainya. Ini sebahagian daripada kerja saya. Itu sahaja,” jelasnya.
Baru-baru ini, Fazley menjadi bahan kecaman apabila terdapat netizen yang mempertikaikan penampilannya semakin pelik dan kelihatan lebih feminin.
Kutukan makin berganda apabila dia memakai kanta lekap berwarna yang disifatkan kurang sesuai dipakai lelaki normal.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
OK, aku sedang menasihatkan diri untuk tidak menaip sebarang makian untuk "dato" "dr" "chef" Fazley inneh.
Biarlah makian itu kusimpan rapi di dalam hati |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok peha lah sebelum mengata orang adik2. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bukan retis2 lelaki kpop pujaan minah meleis banyak yg pakai contact lens warna warni ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
Mid-life krisis teroks! ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
akak aka lahh, mende adik adik plak.
siapa top antara dia dan jemain?
ke pakai alat bantu mengajar
|
|
|
|
|
|
|
|
SherryZass replied at 4-2-2025 12:28 PM
Akak-akak kot
perasan much adik2. dah kertu |
|
|
|
|
|
|
|
Komen dkt video tu pun.. I love u. Gelikkk! |
|
|
|
|
|
|
|
kau dh kenapa senyum mcm tu?? errghhhh |
|
|
|
|
|
|
|
seibei replied at 4-2-2025 09:50 AM
perasan much adik2. dah kertu
Iyalah kot tu chuolls. Tak suka adik-adik, cuba akak-akak pulak. Ye gitchuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Entah lahhh. Meol ribuan saspeeshes zelebriti2 yg kemachohan heol mcm sesuatu dan dengan anak2 berlambak. Contohnya DxM, xY, you name it. |
|
|
|
|
|
|
|
yorobbiiiiii. Dulu geli tgk muka dia. Now tgk kaki dia pulak. eeeewwwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
umur 47 baru nak keluar lemari ni gitulah. Orang tak tanya pon dia akan beria cakap ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
manopBKK replied at 4-2-2025 12:29 PM
Mid-life krisis teroks!
betul, sebab lama sangat pendam barangkali |
|
|
|
|
|
|
| |
|