CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7165|Reply: 0

[Kedah] Berjuang demi dia

[Copy link]
Post time 4-2-2025 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Berjuang demi dia

Redzuan Muharam[email protected]




MOHD Shukur dan Siti Nur Amieliza bersama dua anak syurga mereka, kedua-dua anaknya memerlukan rawatan lima hingga tujuh kali sebulan.





Baling: Besar tanggungjawab digalas Mohd Shukur Mat Zain apabila dikurniakan dua anak syurga yang memerlukan penjagaan dan pemantauan rapi.

Bagaimanapun, Mohd Shukur, 39, menerima ketentuan Ilahi dengan reda dan berusaha membesarkan Muhammad Aidan, 5, atau nama manjanya Aidan dan Muhammad Aryan, 2, yang dipanggil Aryan dengan sebaik-baiknya.

Bagi Mohd Shukur, Aidan dan Aryan anugerah terindah buatnya dan isteri, Siti Nur Amieliza Khuzaipah, 33, menyebabkan mereka tidak pernah menganggap anak itu sebagai beban.

Mohd Shukur berkata, Aidan disahkan mengalami gangguan hiperaktif defisit tumpuan atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan gangguan spektrum autisme (ASD) tahap ringan sejak dua tahun lalu.

Berikutan itu, Aidan menjadi hiperaktif, lambat bertutur dan hilang fokus serta disahkan layak menerima kad orang kurang upaya (OKU) tahun lalu.

Sementara Aryan pula disahkan menghidap sindrom Costello iaitu penyakit jarang jumpa hasil ujian terhadap sampel air liur dan air kencing di Korea Selatan tahun lalu.
Sejak lahir hingga kini, Aryan perlu bergantung dengan enam jenis ubat dengan tiga daripadanya untuk jantung dan perlu dimakan setiap hari bagi memperlahankan degupan yang mencecah 200 setiap minit.
"Ikutkan memang berat nak terima kerana mereka berdua anak saya.
"Tapi sebagai bapa, saya kena terima dan ikhtiar yang terbaik buat mereka walaupun doktor pernah beritahu peluang Aryan untuk hidup 50/50," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, hospital ibarat rumah kedua buat kedua-dua anaknya kerana kerap berulang-alik untuk menjalani pemeriksaan doktor setiap bulan.

Dia berkata, kos bukan sedikit kerana dia dan isteri perlu membawa kedua-dua anak ke beberapa hospital.

"Setiap bulan, lima hingga tujuh kali temujanji doktor dengan Aidan dan Aryan tapi tak menentu juga.

"Aidan perlu ke Hospital Baling dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) manakala Aryan di Hospital Baling, HSAH dan Hospital Pulau Pinang.

"Menurut doktor, Aryan perlu melakukan banyak terapi kerana masalah kesihatannya itu," katanya.

Keadaan itu membuatkan Mohd Shukur runsing kerana hanya bekerja sebagai operator kilang dengan pendapatan RM1,700 sebulan.

"Buat masa ini, Aryan perlu minum susu menerusi tiub Ryles disambung pada mulut dan kos susu RM800 hingga RM900 sebulan tapi mujurlah dapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Itu belum lagi perbelanjaan ulang-alik hospital, kini saya cuba usahakan bantuan sumbangan penghawa dingin kerana Aryan mengalami ekzema jadi tak boleh panas," katanya.

Di sebalik ujian itu, Mohd Shukur bersyukur kerana dia dan isteri masih diberi kesihatan baik untuk menjaga dua anak syurga mereka.

"Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk saya bekerja dan peluang anak terus bernafas.

"Sesukar mana pun ujian, saya akan terus harungi kerana mahu terus berjuang untuk anak," katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 152116405489 atas nama Mohd Shukur Mat Zain.



Disiarkan pada: Februari 4, 2025 @ 7:01am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1183586/berjuang-demi-dia




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.100957 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list