CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6473|Reply: 0

Yayasan Novo Nordisk tiada rancangan jadi penyumbang utama dana kesihatan global

[Copy link]
Post time 4-2-2025 10:37 AM | Show all posts |Read mode

Tumpuan yayasan mahu tangani penyakit tidak berjangkit. - Foto Reuters

LONDON: Yayasan Novo Nordisk tidak bercadang mengambil bahagian untuk menyokong sektor kesihatan global yang terjejas akibat pembekuan bantuan asing yang dibiayai oleh Amerika Syarikat.

Sebaliknya, yayasan itu mahu terus menumpu kepada agenda terasnya menangani penyakit tidak berjangkitnya, kata seorang pegawai kepada Reuters.

Menurut Pengarah Saintifik Kesihatan Global, Yayasa Novo Nordisk, Flemming Konradsen, yayasan itu akan terus memberi tumpuan kepada agenda penyakit tidak berjangkit.

Yayasan yang dikaitkan dengan pembuat ubat Denmark dan menjadi satu organisasi amal terbesar di dunia, akan mengutamakan membiayai kerja menangani penyakit jantung dan diabetes serta faktor risiko seperti obesiti.

"Sudah tentu, lebih ramai orang menghubungi kami, tetapi tidak mempunyai rancangan untuk tidak mengambil alih mengisi kekosongan itu," katanya apabila ditanya siapa yang boleh campur tangan ketika kerajaan AS mengekang perbelanjaan kesihatan global.

Sejak Presiden AS, Donald Trump memegang jawatan pada 20 Januari lalu, pentadbirananya membekukan bantuan antarabangsa walaupun beberapa pengecualian diberikan untuk bantuan menyelamatkan nyawa.

Negara itu juga akan menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu berita yang mengejutkan seluruh dunia.

Yayasan Novo Nordisk dinaungi syarikat induk Novo Holdings, pemegang saham kawalan Novo Nordisk, yang menghasilkan ubat obesiti blockbuster Wegovy dan ubat diabetes.

Rekod keuntungan yang diperoleh daripada jualan ubat obesiti itu diberikan kepada yayasan itu yang mana sejumlah besar dana digunakan bagi membiayai geran sumbangan walaupun pelaburan bergerak dengan perlahan ketika ini.

Yayasan itu mempunyai aset berjumlah AS$153 bilion (RM684.5 bilion), dan hampir AS$25 bilion (RM111.8 bilion) tersedia untuk geran dan pelaburan, menurut seorang jurucakap.

Konradsen berkata, geran antarabangsa meningkat kepada sekitar AS$150 juta (RM671 juta) tahun lalu mewakili 10 hingga 12 peratus daripada jumlah geran keseluruhan, yang mana lebihan AS$1.35 bilion (RM6 bilion) diperuntukkan untuk operasi di Denmark dan negara Nordic yang lain.

Beliau berkata, di peringkat antarabangsa, tumpuan terbesar adalah untuk membantu negara melaksanakan program makanan sihat di sekolah dan menyokong institusi yang melatih jururawat.

"Penyakit kronik hanya merugikan," katanya.

Pakar kesihatan global turut mempersoalkan apa yang boleh dilakukan oleh dermawan kaya lain untuk mengurangkan kesan tindakan kerajaan AS.

Sementara itu, Ketua Perhubungan, Dasar dan Advokasi Amerika Utara Yayasan Gates, Rob Nabors, berkata, tidak ada asas yang boleh menyediakan pembiayaan, kapasiti tenaga kerja, kepakaran, atau kepimpinan yang disediakan oleh AS dalam memerangi dan mengawal penyakit maut serta menangani kelaparan dan kemiskinan di seluruh dunia.

Seorang jurucakap enggan mengulas apabila ditanya sama ada Yayasan Gates mungkin mengembangkan pembiayaan untuk program itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.125805 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list