CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6714|Reply: 0

Trump arah tubuh dana kekayaan berdaulat Amerika, cadang beli TikTok

[Copy link]
Post time 4-2-2025 10:45 AM | Show all posts |Read mode


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Isnin menandatangani perintah eksekutif untuk menubuhkan dana kekayaan berdaulat dalam tempoh setahun, dengan menegaskan, dana itu berpotensi membeli aplikasi video pendek TikTok.

Trump, bagaimanapun, tidak memberi butiran lanjut selain tidak menjelaskan bagaimana dana tersebut akan berfungsi.

Kebiasaannya, dana kekayaan berdaulat bergantung pada lebihan bajet negara untuk membuat pelaburan, sedangkan AS beroperasi dengan defisit.

Selain itu, penubuhannya juga berkemungkinan memerlukan kelulusan Kongres.

"Kami akan mencipta banyak kekayaan untuk dana ini," kata Trump kepada wartawan.

"Dan saya rasa sudah tiba masanya negara ini mempunyai dana kekayaan berdaulat."

Trump sebelum ini pernah mencadangkan penubuhan mekanisme pelaburan kerajaan seperti ini semasa menjadi calon Presiden dengan menyatakan bahawa ia boleh membiayai "usaha nasional yang hebat" seperti projek infrastruktur termasuk lebuh raya dan lapangan terbang, pembuatan serta penyelidikan perubatan.

Pegawai pentadbiran tidak menjelaskan bagaimana dana itu akan beroperasi atau dibiayai, tetapi Trump sebelum ini berkata, ia boleh dibiayai melalui "tarif dan kaedah pintar lain."

Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent memberitahu wartawan, dana itu akan ditubuhkan dalam tempoh 12 bulan.

"Kami akan menjana pendapatan aset dalam lembaran imbangan Amerika Syarikat untuk rakyat," kata Bessent.

"Akan ada gabungan aset cair dan aset lain yang akan kami manfaatkan untuk rakyat."

Menurut laporan The New York Times dan Financial Times, pentadbiran Joe Biden sebelum ini juga mempertimbangkan untuk menubuhkan dana kekayaan berdaulat sebelum Trump memenangi pilihan raya pada November.

Pelabur di Wall Street terkejut dengan pengumuman ini.

"Penubuhan dana kekayaan berdaulat biasanya menunjukkan bahawa sesebuah negara mempunyai lebihan simpanan yang boleh digunakan, tetapi dalam kes AS, ia tidak selari dengan realiti ekonomi," kata Colin Graham, ketua strategi pelaburan pelbagai aset di Robeco, London.

Menurut Forum Antarabangsa Dana Kekayaan Berdaulat, terdapat lebih 90 dana kekayaan berdaulat di seluruh dunia yang menguruskan lebih AS$8 trilion dalam aset.

Dalam satu lagi kejutan, Trump mencadangkan bahawa dana kekayaan berdaulat ini boleh membeli TikTok yang masa depannya menjadi tanda tanya selepas undang-undang yang mengarahkan pemiliknya dari China, ByteDance, untuk menjual aplikasi itu atas alasan keselamatan negara atau berdepan larangan, berkuat kuasa pada 19 Januari.

Selepas memegang jawatan Presiden pada 20 Januari lalu, Trump menandatangani perintah eksekutif bagi menangguhkan penguatkuasaan undang-undang tersebut selama 75 hari.

Trump berkata, beliau sedang berbincang dengan beberapa pihak mengenai pembelian TikTok dan dijangka membuat keputusan mengenai masa depan aplikasi itu pada Februari. TikTok kini mempunyai sekitar 170 juta pengguna di AS.

"Kami akan melakukan sesuatu, mungkin dengan TikTok, mungkin tidak," kata Trump.

"Jika kami mendapat perjanjian yang baik, kami akan lakukannya. Jika tidak, kami tidak akan buat... mungkin kita akan masukkan ia ke dalam dana kekayaan berdaulat."


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.169941 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list