CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11511|Reply: 0

[Sabah] Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu penginapan hotel

[Copy link]
Post time 5-2-2025 10:31 AM | Show all posts |Read mode

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pembantu tadbir kewangan sebuah jabatan kerajaan negeri kerana disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel berjumlah RM20,000.

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurut sumber, suspek disyaki mengemukakan 23 resit tuntutan penginapan hotel atas nama empat individu sedangkan semua penama terbabit tidak pernah menginap di hotel berkenaan.

"Tuntutan palsu yang dikemukakan keseluruhannya berjumlah kira-kira RM20,000 dan resit palsu ini menggunakan nama beberapa hotel yang beroperasi di negeri ini.

"Suspek didapati menggunakan sebuah aplikasi dalam talian bagi membuat resit-resit palsu ini," katanya sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dituduh esok di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/02/04/pembantu-tadbir-kewangan-ditahan-buat-tuntutan-palsu-penginapan-hotel

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.032506 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list