CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11466|Reply: 0

[Sabah] 26 kampung terjejas banjir di Kinabatangan

[Copy link]
Post time 5-2-2025 10:34 AM | Show all posts |Read mode


Situasi banjir di Pangkalan Bukit Garam akibat limpahan Sungai Kinabatangan ketika tinjauan FotoBernama hari ini. - Gambar BERNAMA
KINABATANGAN: Sebanyak 26 kampung di sini terjejas banjir susulan cuaca hujan berterusan di bahagian hulu yang mengakibatkan paras air sungai meningkat.

Pegawai Daerah Kinabatangan Willey Lampaki berkata setakat ini dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 140 mangsa daripada 36 keluarga.

Beliau berkata kawasan yang terjejas terdiri daripada 12 kampung di Lamag dan 14 kampung di Sukau.

“PPS Sekolah Agama Negeri Pekan Bukit Garam dibuka bagi menempatkan 102 mangsa daripada 27 keluarga manakala PPS Sekolah Kebangsaan Sukau menempatkan 38 mangsa daripada sembilan keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, mangsa banjir Maskini Johaini, 28, dari Kampung Sukau Seberang berpindah ke PPS selepas rumahnya dinaiki air hingga paras betis pada 10 pagi tadi.

"Sebelum ini banjir hanya di halaman dan tidak pernah masuk ke dalam rumah. Kami setiap masa meninjau paras air dan sempat memindahkan barang ke kawasan tinggi sebelum paras air semakin meningkat.

"Pihak berkuasa menyarankan kami berpindah awal ke PPS untuk keselamatan kerana kami ada anak-anak kecil selain bimbang dengan kehadiran haiwan berbisa dan buas," katanya.

Maskini yang dalam tempoh berpantang selepas bersalin anak ketiga bulan lepas, turut berterima kasih kepada pihak berkuasa yang terlibat membantu dalam operasi menyelamat mangsa banjir.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/02/04/26-kampung-terjejas-banjir-di-kinabatangan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036794 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list