CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11475|Reply: 0

[Sabah] Pengurusan dan komunikasi perlu inovasi: Hajiji

[Copy link]
Post time 5-2-2025 10:35 AM | Show all posts |Read mode


CENDERAHATI: Abidin menerima cenderahati semasa majlis makan malam jaringan Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan Komunikasi di sini.

KOTA KINABALU: Bidang komunikasi kini dilihat semakin pantas dan amalan pengurusan sedang ditakrif semula dalam dunia yang saling berhubung
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kemajuan teknologi yang pesat membawa banyak cabaran dan peluang.

“Ia membolehkan kita meneliti bagaimana kita dapat meruntuhkan sekatan, menerima gabungan idea dan bekerjasama untuk mendorong perubahan bermakna dalam dunia perniagaan ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam jaringan Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan Komunikasi di sini.

Teks ucapannya dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.

Hajiji berkata, tema Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan Komunikasi kali keempat iaitu ‘Berinovasi Bersama: Konvergensi Pengurusan, Komunikasi dan Transformasi Digital,’ adalah bertepatan kerana ia menangani cabaran dan peluang dalam bidang pengurusan dan komunikasi.

Katanya, Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan Komunikasi (ICMC), yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUM KL) menjadi acara akademik penting dalam bidang komunikasi dan pengurusan.

“Sebagai salah satu persidangan utama anjuran UUM, ia mencerminkan komitmen universiti dalam memajukan penyelidikan, menggalakkan wacana intelektual serta menyediakan platform kepada para sarjana, pengamal, dan pemimpin industri untuk berkumpul dan membincangkan isu-isu kritikal berkaitan komunikasi dan pengurusan dalam konteks global.

“Kerajaan Sabah berbesar hati untuk bekerjasama menganjurkan persidangan ini. Saya berharap peserta akan mengambil peluang ini bukan sahaja untuk belajar, tetapi juga untuk berkongsi dan berkolaborasi melalui rangkaian dan hubungan yang terjalin,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.062103 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list