CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12209|Reply: 0

China lancar tarif terhad selepas Trump umum cukai baharu

[Copy link]
Post time 5-2-2025 11:15 AM | Show all posts |Read mode


WASHINGTON/BEIJING: China hari ini mengenakan tarif bersasar ke atas barangan import dari Amerika Syarikat (AS) dan memberi amaran kepada syarikat besar termasuk Google, mengenai kemungkinan langkah sekatan bakal dikenakan.

Tindakan terbaharu itu sebagai tindak balas terhadap cukai meluas ke atas import China yang dikenakan Presiden Donald Trump.



Tindak balas terhad Beijing terhadap pengenaan tarif 10 peratus ke atas semua import China oleh Trump menekankan usaha pembuat dasar China untuk mendorong Trump berbincang, yang dapat mengelakkan perang dagang secara terbuka antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Capital Economics, sebuah firma penyelidikan yang berpusat di United Kingdom (UK), menganggarkan tarif tambahan China akan dikenakan ke atas kira-kira AS$20 bilion (RM88.86 bilion) import tahunan, berbanding dengan barangan China bernilai AS$450 bilion (RM 1.99 trilion) yang dikenakan tarif berkuat kuasa pada 12.01 pagi hari ini (Selasa) waktu tempatan.

"Langkah ini agak sederhana, sekurang-kurangnya berbanding dengan langkah AS dan ia disesuaikan untuk menghantar mesej kepada AS," kata Ketua Ekonomi China firma itu, Julian Evans-Pritchard dalam satu kenyataan.

Hari ini Trump mengumumkan beliau menangguhkan tarif ke atas Mexico dan Kanada selepas berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara - hanya beberapa jam sebelum langkah itu dijadualkan berkuat kuasa.

Menurut jurucakap Rumah Putih, Trump merancang untuk menghubungi Presiden China, Xi Jinping pada minggu ini.

Langkah baharu China yang diumumkan seiring dengan pelaksanaan tarif Trump, termasuk levi 15 peratus ke atas arang batu dan gas asli cecair (LNG) dari AS, serta 10 peratus untuk minyak mentah, peralatan pertanian, beberapa trak kecil dan kereta sedan enjin-besar (big-engine sedan) yang dihantar ke China dari AS.

China berkata, pihaknya memulakan penyiasatan anti-monopoli ke atas Alphabet Inc, syarikat induk bagi Google.

Ia juga menyenaraikan PVH Corp, syarikat induk untuk jenama seperti Calvin Klein dan syarikat bioteknologi AS, Illumina yang mana sekatan bakal dilaksanakan.

Dalam perkembangan lain, China berkata, pihaknya akan mengenakan kawalan eksport ke atas beberapa logam termasuk tungsten yang penting untuk elektronik, peralatan tentera dan panel solar.

Tarif 10 peratus yang diumumkan oleh China ke atas trak elektrik yang diimport dari AS mungkin akan dikenakan ke atas Cybertruck milik Elon Musk, sebuah model khas yang dipromosikan Tesla di China.

Bagaimanapun, Tesla tidak memberikan komen berhubung perkara itu.

Tarif baharu China ini tidak akan berkuat kuasa sehingga 10 Februari, bagi memberi masa kepada Washington dan Beijing mencapai persetujuan yang telah dinyatakan oleh pembuat dasar China sebagai harapan untuk dicapai bersama Trump ketika tempoh permintaan domestik China yang semakin perlahan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.029492 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list