CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12425|Reply: 0

[Sarawak] Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 6,259 orang

[Copy link]
Post time 5-2-2025 11:23 AM | Show all posts |Read mode


Khemah-khemah yang menempatkan mangsa banjir di Sarawak telah mula dikosongkan berikutan keadaan banjir yang semakin pulih. - Gambar BERNAMA

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 6,259 orang daripada 1,831 ketua isi rumah (KIR) setakat jam 4 petang tadi, dengan 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, enam bahagian masih terjejas dengan Bintulu merekodkan jumlah mangsa tertinggi seramai 2,466 orang yang ditempatkan di tujuh PPS.

Miri merekodkan jumlah mangsa banjir kedua tertinggi seramai 1,390 orang yang ditempatkan di 11 PPS.

Manakala Sibu merekodkan jumlah mangsa banjir ketiga tertinggi seramai 825 orang di lima PPS.

Di Serian, hanya dua PPS dibuka melibatkan mangsa seramai 792 orang sementara di Samarahan merekodkan seramai 523 orang di empat PPS.

Di Mukah pula, sebanyak empat PPS beroperasi melibatkan seramai 263 mangsa banjir.

Dalam pada itu, sebanyak lapan PPS ditutup pada jam 4 petang tadi iaitu PPS Dewan Masyarakat Serian, PPS Dewan Slabi Entukuh, PPS Dewan Ranchan, PPS Stadium Tertutup Serian, PPS Dewan Pak Kung Serian, PPS Naim Paragon Bintulu, PPS Dewan Balai Raya Jepak Bintulu dan PPS Masjid Darul Iman Kampung Tudan Fasa 2A  Miri.

Selain PPS banjir, turut dibuka sebuah PPS bagi mangsa kebakaran di Sibu yang menempatkan seramai 35 orang mangsa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.035102 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list