View: 10494|Reply: 0
|
Pakai plastik hitam pun boleh, asalkan jangan tinggal solat
[Copy link]
|
|
Bagi individu yang sentiasa menjaga solat, pasti mereka tidak akan meninggalkan ibadah tersebut walau di mana jua sama ada ketika bekerja, beriadah dan sebagainya.
Begitu juga dengan seorang gadis yang mendirikan solat ketika beriadah di pantai dan videonya menjadi tular.
Apa yang mencuri perhatian, gadis tersebut dilihat khusyuk menunaikan ibadah meskipun tidak mengenakan persalinan solat dengan sempurna.
"Asal boleh saja," demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian video berkenaan.
Menerusi rakaman berdurasi 20 saat itu, kelihatan gadis berkenaan mengenakan baju berlengan panjang, bertudung menutupi bahagian dada dan menggunakan plastik hitam sebagai pengganti kain.
Dia turut membentangkan sehelai tikar untuk menggantikan sejadah di kawasan yang tidak dilalui orang ramai.
Menerusi keterangan pemilik video yang dipercayai ahli keluarga kepada gadis tersebut, kawasan pantai itu ada menyediakan surau namun terletak di dalam kawasan persendirian.
"Surau ada dekat tempat yang sewa. Kami tak sewa situ pun. Takut owner cakap apa pula nanti," tulisnya pada bahagian komen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memuji gadis berkenaan kerana kesungguhan dan ketaatannya dalam menjaga ibadah meskipun berada dalam situasi yang sedikit berbeza.
Menurut mereka, perkongsian sedemikian juga secara tidak langsung memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa solat wajib ditunaikan walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan.
"Jaga solat walau di mana saja. Alhamdulillah terbaik keluarga ini ajar anak-anak jaga solat, tak perlu telekung asalkan tutup yang wajib dengan sempurna.
"Nampak lucu tapi hakikatnya tajam 'sindiran' tu. Tiada alasan untuk tidak bersujud pada-Nya.
"Sebab dia tahu betapa tenangnya setelah menunaikan solat lima waktu.
"Tak apa dik terlupa bawa telekung janji solat tak lupa," demikian antara komen netizen.
Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 722,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|