CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6266|Reply: 1

[Kedah] 2 beradik balas jasa ibu hidap barah payu dara, tiroid, jangkitan kuman

[Copy link]
Post time 5-2-2025 02:53 PM | Show all posts |Read mode
2 beradik balas jasa ibu hidap barah payu dara, tiroid, jangkitan kuman

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




BADRUL Amin (kiri) dan adiknya, Badrul Muhayat mengurut badan ibunya, Roshidah Mohd Saad yang menghidap kanser payu dara tahap tiga. FOTO Zuliaty Zulkiffli





Kuala Kedah: Sudah menjadi rutin setiap hari, Muhammad Badrul Amin Mohd Hesham, 15, dan adiknya, Muhammad Badrul Muhayat, 12, membantu ibu mereka menguruskan kerja rumah selain makan minum sebelum ke sekolah.

Ini kerana, ibu mereka, Roshidah Mohd Saad, 41, menghidap barah payu dara tahap tiga selain penyakit hati, tiroid serta jangkitan paru-paru sejak tahun lalu dan tidak berdaya untuk melakukan kerja berat.

Dua beradik itu juga tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran dan berharap dapat membalas jasa ibu mereka yang sudah berpisah dengan bapa sejak 2021.

"Setiap pagi sebelum ke sekolah, saya akan cuci pinggan serta bancuh susu buat emak selain beri dia makan roti atau apa yang ada supaya selepas itu, dia dapat berehat.

"Pada sebelah malamnya, saya akan mencuci pakaian siap-siap dan menjemur pada awal pagi sebelum ke sekolah manakala adik pula bantu kemas rumah.

"Kami hendak jaga emak selagi terdaya kerana dia tak larat nak buat kerja berat sejak sakit," katanya ditemui di rumah mereka di Taman Kota Nelayan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Roshidah berkata, dia pada mulanya dikesan menghidap penyakit hati selepas mendapati bacaan pada hatinya melebihi 600 selain menghidap tiroid serta jangkitan kuman pada paru-paru bermula Mac tahun lalu.

Katanya, ia bermula selepas dia mengalami demam yang berselang seli sebelum mendapatkan rawatan di klinik swasta di Kuala Kedah.

"Namun, doktor minta saya menjalani rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada April.

"Ketika itu, doktor sahkan hati saya mengalami kekuningan berlebihan dan menghidap tiroid serta jangkitan kuman pada paru-paru selepas menjalani rawatan Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di HSB," katanya.

Roshidah berkata, namun pada November tahun lalu, dia mendapati terdapat benjolan di bawah ketiak di kiri payu dara sebelum menjalani pemeriksaan di hospital.

Katanya, dia menjalani ujian imbasan serta melakukan biopsi sebelum mendapati benjolan itu agak besar seperti bola golf.

"Doktor kata tak boleh nak buat pembedahan kerana benjolan itu sudah sebesar lima sentimeter dan saya perlu segera menjalani rawatan kemoterapi.

"Setakat ini, saya sudah menjalani tiga pusingan kemoterapi dan ada baki tiga kali lagi. Namun, benjolan itu sudah mula mengecut," katanya.

Menurut Roshidah, setiap kali selepas kemoterapi, keadaan kesihatannya agak lemah menyebabkan dia terpaksa bergantung kepada dua anaknya untuk menyediakan makan minum serta melakukan kerja rumah.

Katanya, dia juga mengharapkan kakaknya untuk menghantarnya ke hospital tiga kali sebulan kerana tidak mempunyai kenderaan.

"Saya hanya mengharapkan bantuan bulanan RM300 daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan ia saya gunakan untuk makan minum, persekolahan anak-anak serta kos rawatan hospital.

"Saya masih berhutang RM150 dengan hospital kerana tidak mampu membayar rawatan kemoterapi namun saya akan cuba membayarnya jika ada duit nanti," katanya.

Menurut Roshidah, sebelum ini, bil rawatan mencecah RM1,000 tetapi dia meminta untuk membayarnya secara ansuran kerana tidak bekerja.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional di 02501-41-70004545-5 atas nama Roshidah Mohd Saad.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal yang menziarah keluarga berkenaan turut menghulurkan sumbangan barangan dapur dan wang.



Disiarkan pada: Februari 5, 2025 @ 1:15pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1184075/2-beradik-balas-jasa-ibu-hidap-barah-payu-dara-tiroid-jangkitan-kuman




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 03:18 PM | Show all posts
jom bantu

Bank Simpanan Nasional di 02501-41-70004545-5
atas nama
Roshidah Mohd Saad.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.160399 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list