CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19175|Reply: 0

Kanye West bukan derita gangguan bipolar, kini tunjuk gelaja autisme

[Copy link]
Post time 9-2-2025 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Perubahan mood yang melampau dan kemurungan dialami penyanyi rap Kanye West bukan disebabkan masalah gangguan mental bipolar.

Kanye mendakwa dia salah didiagnosis dengan masalah berkenaan oleh doktor psikiatri yang merawatnya hampir 10 tahun lalu.

Kanye sebaliknya mendakwa pelbagai masalah dihadapinya sebelum ini adalah gejala Autism Spectrum Disorder (ASD).

Penyanyi rap itu memberitahu dia mula mempersoalkan tentang diagnosis tersebut selepas isterinya, Bianca Censori merasakan ada sesuatu tidak kena dengannya.



Jelas Kanye, 47, Bianca percaya tingkah lakunya sering tidak selaras dengan beberapa faktor yang mengaitkan dengan masalah bipolar.

"Disebabkan perkara itu, Bianca membawa saya berjumpa pakar selepas melihat tingkah laku saya bukan seperti seorang yang menghidap bipolar.

"Selepas bertemu dengan doktor pakar, ternyata saya memiliki ciri-ciri seorang penghidap autisme," katanya.

Dalam pada itu, Kanye berkata diagnosis itu membantu dia memahami dirinya dengan lebih baik.

Pada 2016, Kanye didiagnosis menghidap bipolar selepas dimasukkan ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan psikiatri.

Perkara itu turut menjejaskan perkahwinannya dengan Kim Kardashian sehingga mereka bercerai pada 2022.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.074692 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list