CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20543|Reply: 0

[Pulau Pinang] Laluan, kawasan kuil sesak, ada yang pengsan

[Copy link]
Post time 12-2-2025 01:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 12-2-2025 01:31 AM

Laluan, kawasan kuil sesak, ada yang pengsan

12 Februari 2025 12:07am




Penganut Hindu berarak menuju ke Sri Arulmigu Balathandayutthabani Jalan Kebun Bunga sempena Thaipusam pada Selasa. Foto Bernama




GEORGE TOWN - Orang ramai, terutama penganut Hindu, semakin memenuhi jalan dan kawasan menghala ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Jalan Kebun Bunga di sini bagi sambutan Thaipusam.

Mereka mula membanjiri kawasan itu sejak jam 6.30 petang tadi dan menjelang 9 malam, jumlah pengunjung semakin bertambah sehingga menyebabkan kesesakan di laluan sepanjang dua kilometer menghala ke kuil berkenaan.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, ketika dihubungi Bernama, memaklumkan keadaan di laluan dan kawasan menghala ke kuil itu agak sesak kerana jumlah pengunjung yang terlalu ramai.

"Namun, keadaan terkawal dan pihak polis juga sedang menjalankan kawalan di lokasi laluan serta kuil tersebut sehingga keadaan beransur kembali normal," katanya malam ini.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad pula memaklumkan keadaan yang terlalu sesak itu menyebabkan seorang pengunjung pengsan.

"Pengunjung itu telah dibawa ke hospital dengan ambulans yang memang berada dalam keadaan bersiap sedia di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.


Tinjauan Bernama mendapati situasi sambutan Thaipusam di sekitar kawasan Kuil Arulmigu Balathandayuthapani agak sesak sejak jam 9 malam dengan penganut tidak dapat bergerak dan terpaksa berhenti bagi tempoh yang agak lama.

Kelihatan juga beberapa penganut mengalami sesak nafas sehingga berpusu-pusu mencari ruang sebelum berlari ke dalam sebuah rumah di laluan kuil tersebut.


Tinjauan juga mendapati golongan wanita, warga emas dan kanak-kanak agak cemas ketika berdepan dengan situasi yang mendebarkan itu, sehingga terdapat seorang individu yang pengsan dan dibawa ke hospital dengan ambulans.

Sementara itu, perarakan kavadi terpaksa dihentikan buat seketika bagi meleraikan ‘kebanjiran’ penganut serta mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku semasa sambutan tersebut.


Bagaimanapun, situasi berada dalam keadaan terkawal dengan bantuan beberapa sukarelawan di ‘Thaneer Panthal’ (khemah mengedar makanan dan minuman percuma) serta anggota polis. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/712179/berita/semasa/laluan-kawasan-kuil-sesak-ada-yang-pengsan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 1.604713 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list