CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10713|Reply: 0

[Pulau Pinang] PP akan wujudkan kursi Endowment Chair Professor Al-Azhar bidang syariah

[Copy link]
Post time 12-2-2025 02:48 PM | Show all posts |Read mode
PP akan wujudkan kursi Endowment Chair Professor Al-Azhar bidang syariah

Oleh BERNAMA - Februari 12, 2025 @ 6:35am




Yang Dipertua MAINPP, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.



GEORGETOWN: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah yang memberi implikasi kepentingan kepada masyarakat serta umat Islam di negeri itu dan Malaysia.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata penubuhan kursi itu dilaksanakan bersama Universiti Al-Azhar dan akan menyampaikan syarahan hasil kajian dengan kerjasama MAINPP dan Jabatan Mufti Pulau Pinang secara tahunan.

Katanya, hasrat itu disuarakan semasa kunjungan kepada Presiden dan Rektor Al-Azhar, Prof Dr Salama Gomaa Daoud kelmarin, sempena lawatan kerja rasmi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersama delegasi kerajaan negeri ke Kaherah, Mesir.

"Pada perbincangan itu, Tun Ahmad Fuzi dan saya menyampaikan hasrat Pulau Pinang melalui MAINPP untuk memperluas dan memperkasakan kerjasama antara Pulau Pinang dengan Universiti Al-Azhar," katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad berkata mereka turut membincangkan kerjasama MAINPP dan Universiti Al-Azhar untuk menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Al-Azhar secara hibrid di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.

Program itu akan melibatkan bidang pengajian Islam meliputi syariah, usuluddin dan bahasa Arab secara 2+2, iaitu dua tahun secara dalam talian dan dua tahun lagi secara fizikal di Universiti Al-Azhar.

Mohamad yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkata kerjasama itu menjadi bukti komitmen negeri berkenaan mendigitalkan pendidikan di bawah Agenda Pembangunan Agama Islam 2030 (APAI2030) selari dasar negeri pintar dalam Visi Penang 2030.

Beliau berkata turut dibincangkan ialah kerjasama memperkasakan Bahasa Arab dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai hab pengajian bahasa itu untuk mengangkat dan memperkukuh penguasaannya dalam kalangan pelajar KITAB Pulau Pinang dan pelajar negeri itu yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.
– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1360199/pp-akan-wujudkan-kursi-endowment-chair-professor-al-azhar-bidang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.047531 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list