CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4565|Reply: 6

[Tempatan] Tempat isi angin bukan untuk letak kereta

[Copy link]
Post time 28-2-2025 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-2-2025 08:41 PM


Tempat isi angin bukan untuk letak kereta

  • Oleh KOSMO!
  • 28 Februari 2025, 9:18 am


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin




Tangkap layar hantaran tular di media sosial memaparkan dua pemandu bertikam lidah susulan tindakan salah seorang daripadanya meletakkan kenderaan di tempat isi angin.


PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu meletakkan kenderaannya di tempat isi angin dan air di sebuah stesen minyak mengundang kemarahan pengguna lain.

Melalui sebuah video berdurasi satu minit 52 saat yang tular di Facebook, dua pemandu bertikam lidah susulan tindakan salah seorang daripada lelaki terbabit yang meletakkan kenderaannya di tempat isi angin tersebut tanpa mempedulikan orang lain.

Dalam rakaman itu kelihatan pemandu tersebut bagaimanapun seolah-olah tidak mahu mengalah apabila tidak mengalihkan kenderaannya dengan segera selepas ditegur.
I
Bagaimanapun, pergaduhan itu terlerai apabila pemandu yang menegur tindakan lelaki terbabit beredar daripada stesen minyak berkenaan.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki tersebut yang menyalahgunakan kemudahan di stesen minyak terbabit.

“Sama saja yang tak isi minyak, pergi tandas, masuk cucuk duit, beli barang, menyusahkan orang lain,” kata Rizal.

“Aku paling pantang ‘park’ dekat sebelah pam minyak tapi pergi ATM. Kita tunggu punyalah lama, ‘last-last’ dia keluar, hidup kereta terus jalan,” kata Bro Dell.

“Selalu dah hadap orang begini, suka-suka hati letak kereta dekat tempat isi angin,” kata Pelangi. – KOSMO! ONLINE




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2025 04:58 PM | Show all posts
hanat perangai
org nk isi angin pun blh naik angin klu gini



Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2025 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya...kedua dua mereka pung...NAIK ANGIN....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 10:39 AM | Show all posts
aku perasan stesen minyak sekarang banyak tutup parking, especially yang direct depan kedai dia

ada regulation baru ke?

dah kena tawaf satu stesen nak masuk dalam kedai

parking kt pump karang kena viral pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2025 02:11 PM | Show all posts
Sekarang ni pun kat parking lori/bas pun depa parking jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat buang angin ialah lobang jubo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2025 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Best kalau ada kit untuk pancitkan tayar. Sebagai alternatif kepada clamp zone atau tow zone, nanti ada DIY pancit zone. Semua org boleh jadi enforcer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.181006 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list