View: 5631|Reply: 10
|
[Tempatan]
'Siasatan dapati tiada unsur pengabaian dalam kematian Hud' - Polis
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU: Polis sudah mengambil keterangan lima individu termasuk ibu bapa kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang ditemukan meninggal dunia Rabu lalu selepas 45 jam dilaporkan hilang.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata setakat ini pihaknya membuka siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Bagaimanapun katanya, setakat kesemua keterangan diambil, tiada unsur pengabaian dikesan.
"Bagaimanapun siasatan kita belum ditutup dan kita akan mengambil keterangan individu lain sekiranya terdapat saksi baru dalam kes ini.
"Setakat ini mereka yang diambil keterangan adalah ibu bapa mangsa, nenek dan ibu saudaranya.
"Jika ada saksi lain yang boleh membantu kita akan mengambil keterangan lagi," katanya ketika dihubungi.
Media sebelum ini melaporkan, polis Kelantan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian Hud Aryan kerana dibimbangi terdapat unsur kecuaian.
Ia susulan tular di TikTok yang mengatakan mustahil seorang kanak-kanak baru berusia 19 bulan boleh pergi ke sungai dalam tempoh beberapa minit sahaja
Hud Aryan yang juga anak tunggal dilaporkan hilang dari kediaman neneknya di Kampung Air Kuala Tiga.
Kehilangan Hud Aryan disedari ibunya jam 7.20 malam selepas melihat anaknya tiada di dalam rumah selain keadaan pintu rumah yang terbuka.
Hud Aryan bagaimanapun ditemukan tersangkut di pokok di tebing sungai Kampung Kerila iaitu tiga kilometer dari kediaman neneknya selepas 45 jam kanak-kanak itu dilaporkan hilang.
Sumber: BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak reti bela anak jangan kahwin sampai terberanak. |
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 terpaling parenting silalah komen..pehtu bila kena kat diri sendiri jgn lupa buat kompession kt cari ni..hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Cuai,tapi kesian jugak la..lama tunggu nak dapat anak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kesian Hud. confirm syurga anakku. mesti dia panic masa lemas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnalillahirojiun
Semoga terus tabah
Ada anak kecil ni mmg tak blh leka langsung & tak blh juga terlalu yakin. Kena ada rasa khuatir |
|
|
|
|
|
|
|
Aku respek dgn acik2 terpaling yg terer jaga anak memasing. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrsLucky at 6-3-2025 01:13 PM
Serious same thing happen to me...anak2 i main kat luar main basikal tapi i pastikan gate i lock..
i tengah tend anak i yang sakit makan...
Tiba2 i realized anak i yang berusia 2 setengah tahun hilang. Kami cari seluruh rumah tak jumpa...lama juga sebab gate lock so i fikir mesti dia sembungi dalam rumah..
lepas tu anak2 dan jiran2 tolong ronda housing area...i pula drive ke police station...Tuhan saja yang tahu betapa cemasnya i...rasa nak mati pon ada..
macam2 berlegar dalam hati i..adakah anak i kena culik..adakah anak i kena langgar kete...
Setiba di police station...polis cakap anak i dah dijumpai...
Dia di jumpai di kawasan perumahan lebih 150 meter dari rumah...di jumpai oleh seorang wanita...
I tak tahu sampai sekarang bagaimana dia boleh panjat gate...sampai sekarang i truma...walau anak i dah bujang..
I sangat bersyukur jiran2 dan terutama wanita yang tolong tahan anak i dari terus berjalan...kerana membantu..i bersyukur anak i selamat... |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn ke mak dia tgh buat keje kat dapo? Org lain yg cuai kan?? Dah kenapa kecam mak dia |
|
|
|
|
|
|
|
so tak mustahil la arwahnya ni keluar sendiri berjalan/merangkak smpi ke sungai
syukur anak sis tak de pape
mmg igt smpi bila2 nih
sabor la anak
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols pun tak salahkan parent hud, pintu rumah/gate terbuka sebab sedara ziarah kan, dan dorang pun baru lepas bagi makan anak, tak expect langsung, dah takdir. Takziah |
|
|
|
|
|
|
| |
|