CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15219|Reply: 2

[Tempatan] Pesta Super GT kembali gegar Sepang

[Copy link]
Post time 6-3-2025 04:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-3-2025 12:45 PM


Pesta Super GT kembali gegar Sepang
05 Mac 2025 10:17pm




Deruman enjin jentera Super GT dijangka bergema di SIC hujung Jun.



DERUMAN enjin Autobacs Super GT bakal bergema semula di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), selepas 12 tahun menyepi, apabila Malaysia mendapatkan perjanjian tiga tahun menganjurkan siri perlumbaan berprestij berkenaan.

Pemegang hak dan penganjur pusingan Malaysia, HARO Sports & Entertainment, dengan kerjasama GT Association (GTA), mengumumkan kembalinya perlumbaan pada 27 hingga 28 Jun depan.


Perlumbaan menampilkan 30 kereta lumba GR86 canggih dalam Siri Piala GR86 Malaysia 2025 yang pertama, bersama perlumbaan utama SUPER GT.

Malaysia akan menjadi perhentian ketiga dalam kalendar 2025, yang merangkumi tujuh perlumbaan di Jepun.

"SUPER GT terkenal dengan suasana karnivalnya. Ia adalah acara unik yang membolehkan peminat mendekati pemandu dan pasukan kegemaran mereka.

"Festival tahun ini juga akan meraikan budaya Jepun dengan pelbagai aktiviti," kata Rakan Pengurusan HARO Sports & Entertainment, Fahrizal Hasan.

Perlumbaan meliputi jarak 300 kilometer (km) akan mempamerkan pengeluar jentera terkemuka dunia seperti Nissan, Lexus, Toyota, Honda, Subaru, Aston Martin, Lamborghini, Mercedes-Benz, Ferrari, dan BMW.

Tiket untuk acara ini boleh didapati secara dalam talian di [www.supergtmalaysia.com](https://www.supergtmalaysia.com).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2025 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dragonball GT memang tak best
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 02:58 PM | Show all posts
skang jadi tapak param je litar sepang haa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.088292 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list