View: 16458|Reply: 12
|
[Tempatan]
Leher dan kaki dijerut guna ‘cable tie’, mayat pekerja gomen di Putrajaya atas lantai ofis
[Copy link]
|
|
Seorang kakitangan Kementerian Kewangan di Putrajaya ditemukan tidak bernyawa di lantai pejabatnya dalam kejadian Selasa pagi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada pukul 10.56 pagi yang melaporkan penemuan seorang lelaki dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di dalam pejabat tersebut.
"Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bergegas ke lokasi kejadian.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa terbaring di lantai dengan leher dan kaki terjerut menggunakan cable tie (pengikat kabel)," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, mangsa yang berusia 45 tahun merupakan kakitangan di Jabatan Perbendaharaan dan siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah di tempat kejadian.
"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat," tambahnya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini.
Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999, Hotline Polis Putrajaya di talian 03-88862222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tiada sebarang unsur jenayah di tempat kejadian?
i dah fikir how he died.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cctv mesti ada kan 
Pejabat gomen bukan semua boleh akses masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by edayildiz at 6-3-2025 02:22 PM
sheramnyaa
lps keluar news ni bapak i asyik remind mcm2..
kalau ada kes jenayah dia cpt melatah..i mean dia nyer latah tu mcm kita satu ofis ngn arwah ni..
semoga dosa arwah diampun |
|
|
|
|
|
|
|
Dosa bunuh diri sambil melancap tidak akan diampun |
|
|
|
|
|
|
|
Syok sendiri ikat dengan cable tie ke?
CCTV dicelah kangkang ke camne sampai tak nampak apa2? |
|
|
|
|
|
|
|
berhantu la pejabat tu lepas ni,staff nak ot sorg2 pun x bani
|
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 6-3-2025 03:04 PM
berhantu la pejabat tu lepas ni,staff nak ot sorg2 pun x bani
Jangan team proses gaji takut OT plak, nak Raya ni, gaji awal. |
|
|
|
|
|
|
|
cable tie kaki tangan. sendri bikin lah sgt ke? mcm2 bala laaaaa zaman ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|