View: 11648|Reply: 1
|
[Dunia]
Pelajar perempuan mati ditetak waktu sahur, seluar dah terbuka mungkin nak dirogol
[Copy link]
|
|
Seorang pelajar maut dipercayai akibat ditetak rakannya di sebuah sekolah berasrama ketika waktu sahur.
Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.
Insiden menyayat hati itu berlaku di Ibun, Bandung di Jawa Barat, Indonesia, pada awal pagi Rabu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ibun, Iptu Deny Fourtjahjanto.
"Berlaku penderaan yang mengakibatkan kematian. Mangsa dan suspek merupakan pelajar di sekolah sama," katanya pada Khamis.
Menurut Deny, berdasarkan keterangan saksi, kejadian bermula apabila saksi datang ke asrama perempuan dan terdengar jeritan pada pukul 1.30 pagi waktu tempatan.
"Seorang pelajar berusia 14 tahun memukul seorang pelajar perempuan berusia 20 tahun menggunakan parang. Selepas tetak, suspek melarikan diri," jelasnya.
Tambah Deny, menurut kenyataan saksi, mangsa ditemukan dalam keadaan mengerikan, selain mengalami lima kesan tetakan, dan kelihatan seluarnya sudah terbuka.
"Pelajar perempuan itu ditemukan berdarah dengan kesan tetak. Keadaan seluarnya terbuka, tetapi seluar dalamnya masih belum dibuka.
"Kita belum pasti sama ada ia ditarik, atau adakah terdapat cubaan rogol," katanya sambil menambah kes tersebut masih dalam siasatan.
Difahamkan, suspek kemudian tampil menyerah diri di balai polis, manakala suspek yang dirawat di hospital meninggal dunia pada pukul 6 pagi Rabu.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
negara tertangga pasti iri-indon nusaraya |
|
|
|
|
|
|
| |
|