CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33331|Reply: 4

[Tempatan] Warga Myanmar maut ditetak sekumpulan lelaki bertopeng

[Copy link]
Post time 7-3-2025 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-3-2025 04:22 AM

Warga Myanmar maut ditetak sekumpulan lelaki bertopeng

07 Mac 2025, 3:29pm




Oleh: Selwam Arjunan


TASEK GELUGOR: Seorang lelaki warga Myanmar maut dipercayai akibat ditetak sekumpulan individu menggunakan parang dalam kejadian di sebuah kedai nasi kandar di Taman Sepadu Jaya di sini, awal pagi tadi.


Mangsa berusia 38 tahun maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan serta kepala akibat ditetak dalam kejadian kira-kira 3.20 pagi.


Difahamkan, mangsa yang juga pengurus kedai nasi kandar itu didatangi tiga lelaki bertopeng sebelum bertindak menyerangnya.


Mangsa dikatakan cuba melarikan diri, namun rebah berhampiran kedai akibat kecederaan parah yang dialaminya.


Unit forensik menjalankan siasatan susulan kejadian seorang lelaki Myanmar maut ditetak dalam kejadian di sebuah kedai nasi kandar di Taman Sepadu Jaya, Tasek Gelugor.


Difahamkan, kesemua suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan. Mayat mangsa dihantar ke Hopsital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian berkenaan.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2025 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ussually yang suka tetak ni gangster Indian and Chinks jer. The fact dia jadi pengurus untuk kedai nasi kandar ermmm ada la tu yang tak suka.
Condolences.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2025 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tah2 dia PEMILIK kedai tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2025 08:25 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-3-2025 04:28 AM



4 suspek kes bunuh di restoran nasi kandar diburu polis
07 Mac 2025, 6:26pm


TASEK GELUGOR: Polis giat mengesan empat suspek dipercayai terbabit dalam kes tetak seorang lelaki warga Myanmar sehingga maut di sebuah restoran nasi kandar di Taman Sepadu Jaya, di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 3.20 pagi.


Menurutnya, mangsa yang juga pekerja restoran terbabit dikatakan diserang empat lelaki tidak dikenali bersenjatakan parang.


Siasatan awal mendapati empat lelaki warga tempatan yang memakai topi dan penutup muka serta bersenjatakan parang turun dari sebuah kenderaan berwarna gelap dan menyerang mangsa yang sedang bertugas di restoran berkenaan.


Mangsa cuba melarikan diri namun kesemua empat suspek bertindak mengejar mangsa sebelum menetak mangsa di bahagian kepala, tangan dan badan.


Selepas beberapa kali ditetak mangsa jatuh terbaring manakala kesemua suspek melarikan diri menaiki kenderaan sama.


Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan tetakan pada bahagian lengan belakang tangan kanan, kepala dan beberapa kesan luka di bahagian belakang badan mangsa.


Mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kepala Batas (HKB) untuk proses bedah siasat.


Suspek belum dikenal pasti dan pihak polis sedang berusaha mengesan suspek disyaki terbabit,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


https://www.buletintv3.my/nasional/4-suspek-kes-bunuh-di-restoran-nasi-kandar-diburu-polis/




Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2025 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Myanmar-Rohingya ke?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.414847 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list