CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3575|Reply: 14

MOMOK JANGAN PANGGIL AKU

[Copy link]
Post time 5-5-2011 01:32 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by pembaca_filem at 6-5-2011 01:34

Mulai hari ni (khamis 5/5/2011) akan ditayangkan filem seram terbaru, Momok Jangan Panggil Aku...

Kassim menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Faizal, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Kassim bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Ramli menerima jemputan Faizal dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan. Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Faizal, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang di alaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah di selang selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.
Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu.Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki tua yang hanya dipanggil Pak Long. Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Pak Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Pak Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Pak Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah di desak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.
Dalam perjalanan Faizal, Kassim sekali lagi menerima panggilan dari Faizal dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Faizal yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.
Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Faizal ketika itu mereka telah diganggu `hantu’ yang mengakibatkan Kassim dan Ramli pengsan. Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej ‘hantu’ dengan lensa kameranya. Pak Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Faizal. Mereka berjumpa faizal di simpang jalan dan Faizal telah menunjukkan arah ke rumahnya..namun apabila mereka sampai ke rumah Faizal satu misteri telah terungkap…misteri yang mengakhiri destinasi Kassim, Ramli dan Qaseh. Siapakah Ita, Pak Long dan Faizal yang sebenarnya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2011 01:36 AM | Show all posts
macam best aku tengok trailer dia..kos filem ni pun RM2 juta...tp tu la..tengah minggu final exam skrg ni..nak tengok mcmana?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 08:17 AM | Show all posts
emm teruja ak nak tengok msti seram citer nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 08:47 AM | Show all posts
yg nih momok baru kan?? dulu dah ada momok 1 kan??
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 05:29 PM | Show all posts
tengok trailer filem ni ada feel mcm filem 80an  je...
kontra plak  ngan Karak punya trailer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 08:44 PM | Show all posts
Reply 5# tebuanharimau

mungkin sbb pakai pengarah lama kot (M.Jamil)??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2011 12:16 PM | Show all posts
Reply 6# pembaca_filem


    ye kot..dari Trailer tu..ngan dialog...camera shoot...latar belakang..efek..mekap..smua nampak 80an jer...move on please
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 05:14 PM | Show all posts
Momok Jangan Panggil Aku
SERAM        2.00 juta        05.05.2011        0.31 juta *        53

*Kutipan terkini sehingga 11 Mei 2011
sumber Finas

Sikitnya org p tengok.Payah nak balik modal ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2011 01:30 AM | Show all posts
x laku ke..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 08:08 AM | Show all posts
kawan bgth kata tak best langsung....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 11:09 AM | Show all posts
Reply 10# eddlisa_uyuk


    kawan TH pun cakap mcm tu gak...even worse bukan mcm filem 80an ...mcm filem berteknologi  70an  
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 01:46 AM | Show all posts
Reply  eddlisa_uyuk


    kawan TH pun cakap mcm tu gak...even worse bukan mcm filem 80an ...mcm ...
tebuanharimau Post at 13-5-2011 11:09 AM



    cam film............tgkp..........muat.........je
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 12:18 AM | Show all posts
Laaa.... 'WAJIB' lah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 04:55 PM | Show all posts
bad review dari TMBF...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2011 09:48 PM | Show all posts
Keluar kat ASTRO Tayangan Hebat bulan September 2011. Punya la beriya-iya nk tengok, sebab Momok The Movie yg sebelum ni bolehlah layan.

Tup tup...tengok sekerat and then tertido sampai part akhir yg dia org sampai kt kampung si Aziz tue.

Dialognya teruk, lakonan teruk serba serbi x kena...nk kata seram bukan...lawak pun bukan

Aku suka part muzik latar filem ni, itu saja la part yg rasa ada elemen seram.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.066235 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list