View: 4740|Reply: 5
|
Talk 4 Bucks Vendor Telekom - Penipu Usahawan!
[Copy link]
|
|
Salam para forumer sekalian, korang pernah tak dengar company nama talk 4 bucks nie?
Saya rasa kesal dengan company ni kerana telah manipulate orang yang baru hendak berjinak2 di dalam dunia perniagaan. Mesti korang pelik apahal minah nie tetiba je kan, ce cite ce cite sikit.. hehehe
Alkisah, saya baru sahaja membuka perniagaan dan advertise di portal Mudah.my dan juga beberapa portal lain etc Facebook, Hotfrog dll to get the positioning in online business dahulu. Semalam saya dapat satu call daripada seorang yang bernama 'Amar' dari Telekom ni, dia kata cenggini " salam cik ...., saya Amar drpd Telekom dan ada nampak iklan cik di portal mudah.my mengenai ..... , jadi saya ada satu program yang hendak saya buat bersama cik. Saya ada banyak technician under saya di Selangor dan KL dan saya ingat nak buat satu program.... , boleh kita jumpa asap untuk berbincang mengenai program ni? U nak ke tak nak ye? Ok kalau boleh kita jumpa hari nie ye pukul 8pm dan ofis saya bertentangan dengan JUSCO Kepong ".
Saya pun excited lah, biasa lah orang nak buat bisness nie seronok lah dah dapat prospek baru, doa lah banyak2 harap2 dapat close the deal, bayangkan kitorang dari Putrajaya pergi Kepong nak get more information about it. Lepas tue dah datang ofis, sorang Marketing Manager nama Rashid nie tanya kitorang what we do sebenarnya, ok explain lah walaupun program tue sangatlah terang lagi jelas what is our core business. Mesti tak tengok website nie, dalam hati i kata
Lepas tue dia terang lah pasal apa dia buat, takde full stop plak tue, explain what they do in the company (ingatkan supaya kitoorang paham lah what they do kan) . He said something about Syarikat, Ahli and Panel. Bebel lah pasal company dia nie dulu enterprise pastu dalam short time je dah jadi sendirian berhad. Setakat ni dah ada dalam beribu ribu ahli dan 2000 panel (company under them). Diorang baru bukak division for panel nie baru 2 minggu lepas and dah ada 2000 panel. Kiranya diorang nie macam bukak komuniti lah (macam nak tiru portal mudah.my) where if ppl want to search and find for something, they just go to the portal. Jadi benefit untuk ahli ni, they get some benefits from panel lah i.e kalau panel tue dari industry servis kereta, ahli dapat 10% discount cenggitu.
Ok fine, i paham lah concept dia apa, pastu dia tanya bukan pasal nak mintak servis kitoang untuk buat program sebenarnya tarik ktorang jadi panel. Kira kitorang akan dapat banyak leads and database dari situ, dah tak payah carik orang, orang yang carik kita. The big catch dia kata syarikat diorang nie vendor untuk Telekom, supply phone and services to customer. Untuk jadi panel kena beli phone diorang, bayar RM 300 pastu kena bayar sewa bulan2. Call UNLIMITED and FREE to all panel. Cuma bayar RM 38 sebulan sahaja! Bergayut tanpa henti katanya.Kat situ saya dah rasa pelik. Come on lah 38 ringgit je? Telekom punya sewa pun tak rendah macam tue, siap bagi phone plak tue.
Pastu tanya pasal agreement macamana kalau kitorang nak jadi ahli, dia kata dalam agreement takde apa2, you just need to do what you promote. Pastu i mintak tengok website dia, macamana how it works kan. Dia tunjuklah memang takde apa2 dalam tue pun! Its actually another type of MLM yang diorang ada ejen under them yang akan carik orang suruh beli pakej tue pastu dapat free call bla bla bla. Kat situ i understand the value for ejen, tapi saya tak dapat tangkap value for us! Pastu mintak tunjuk panel punya page dia kata " oh panel punya page tak siap lagi, saya ingat nak kumpul semua panel pastu buat one shot, programmer pun bukannya murah, penat lah nak update satu2" .Tanya lagi u ada test period for the panel portal. Dia terdiam pastu repeat benda yang sama yang tak kena mengena dengan soalan kitorang.
The whole thing was just a scam to get us to buy the products dengan harapan the new entreprenurs will get new prospect. Kecewa because i thought we are meeting with the potential prospects. Very dodgy cause i tak pernah dengar nama company tue lagi2 lah dia punya portal. Boleh gebang lagi by end of this year we should get dalam 10 juta ahli! half of rakyat malaysia! nampak sangat tipu. Dahlah ahli pun kena bayar jugak beli phone yang tak cantik tu
Jadi just nak advice sape2 yang dapat call dari Amar @ Rashid daripada Telekom please ignore the message, buat penat korang je pergi jauh2 dan buang masa. Kena bayar plak tue nak jadi ahli. Mudah pun free jek!
heheheh,tue je nak gtau . Peace yo! |
|
|
|
|
|
|
|
TT
tengkiu for sharing..lebih bagus gitau skali nama company tu... |
|
|
|
|
|
|
|
nama company tue Talk 4 Bucks. You can check their website at www.talk4bucks.com , tapi dia akan call you cakap diorang dari telekom, Want to meet you to discuss about project that he wants to give to you and discuss about it.
So kalau ada letak company name kat mudah or any free portal just be careful lah, nak kena screen call dulu.. sape tau camne nak screen call ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# miminf
Thanks miminf for sharing the info. Baru2 ni sy baru dpt call dr en. amar ni, so nasibbaiklah sy terbaca info ni, so tak jadilah buat appmt dgn dia. Buang masa je jumpa org mcm ni....... |
|
|
|
|
|
|
|
makin femes lah website amar ni, dpt untung ribu riban |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|