|
x banyak sponsor ..sebab tu finalist di kurangkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by santubung at 6-6-2011 13:17
BH: Konsert Minggu 9 AF9, Sujud Syukur Yang Malang
6 JUN 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Kalau anda rasa tajuk entry blog saya kali ini sangat 'kejam', begitulah 'kejam'nya proses penyingkiran Erul di konsert kesembilan ini. Ya benar, Akademi Fantasia ada banyak elemen drama, tetapi drama adalah lakonan, dan apa yang terjadi di atas pentas bukanlah sekadar lakonan!
Kalau anda fikir Erul 'menggagahkan' diri menerima keputusan itu, bayangkan diri anda yang berada di pentas, di samping ibu dan abang anda, menyangkakan anda berjaya ke final, tetapi kemudiannya diberitahu bahawa anda sebenarnya tersingkir.
Saya tidak menyalahkan Pak Nil dalam hal ini, kerana jika beliau diberitahu lebih awal tentang wujudnya tulisan 'biru' dan 'merah', pasti dia akan lebih berhati-hati ketika memberikan keputusan tersebut. Pak Nil sendiri dilihat tidak dapat menahan sebak sejurus dia mengumumkan Erul tersingkir.
Kalau di awal pengumuman diberitahu tentang tulisan biru dan merah ini, pastinya Erul tidak tergesa-gesa terus sujud syukur terduduk di pentas, di sisi ibu dan abangnya bila namanya diumumkan. Pastinya dia akan menunggu sehingga Pak Nil memberitahu namanya ditulis dengan marker biru atau merah!
Drama buruk itu tidak habis di situ. Selepas diumumkan tersingkir, ibu dan abang Erul masih lagi dibiarkan tercegat di atas stage seolah-olah menerima hukuman 'kekalahan' anak dan adik mereka. Berdirilah mereka di situ! Tidak cukup dengan itu, Erul pula terpaksa berdiri di penjuru, berhadapan dengan tempat duduk wartawan, pihak tenaga pengajar dan pihak pengkritik, menunggu dan menunggu sehingga seluruh keputusan diumumkan!
Tidak ada sifat sensitif langsungkah, wahai pihak orang di belakang tabir yang merancang semua ini? Sudah mati akal kah? Semurah itukah maruah orang demi rating? Atau ini kah fenomena yang anda mahu orang ingati tentang AF terakhir ini?
Keputusan untuk memilih hanya empat peserta akhir juga sangat kurang bijak! Kelima-lima mereka memang selayaknya ke final. Apa lagi yang mahu dicapai oleh pihak yang merancang ini? Entahlah, saya semakin tidak faham.
Lets move on! Saya masih lagi perlu mengulas tentang pesembahan konsert. Pengkritik jemputan minggu ini adalah diva negara, Dato' Siti Nurhaliza. Saya rasa dia adalah pengkritik jemputan terbaik sepanjang AF9. Dia memberikan pro dan kontra untuk setiap persembahan. Kritikan dari penyanyi nombor satu negara yang banyak memenangi pelbagai pertandingan ini saya rasa adalah paling penting dan berharga untuk para pelajar AF9. Dan saya sendiri bersetuju dengan kritikan beliau.
Lena (Badarsila)
Persembahan Lena agak bagus! Saya gembira dia tidak mengikut kata Hattan untuk melembutkan suara kerana itu bukannya Lena. Bila dia menyanyi begitu, tidak banyak rentak suara Dato' Siti menjadi ikutan. Mungkin dibeberapa tempat agak sedikit 'senggol senggolan' tetapi menggabungkan tarian gelek ala dangdut dengan irama tradisional, walaupun sedikit pelik tetapi amat menghiburkan. Saya amat bersetuju dengan Dato' Siti, vokal Lena amat melekat dan susah untuk kedengaran sumbang, dan saya juga bersetuju persembahan Lena sedikit selamat.
Erul (Nadi Ku)
Sekali lagi kritikan Dato' Siti amat tepat. Persembahan awal Erul terganggu dengan 'keinginan'nya untuk bermain keyboard. Bukanlah satu perkara yang mudah untuk seseorang itu menyanyi sambil bermain alat muzik, apatah lagi jika alat muzik tersebut adalah piano atau keyboard. Bagusnya, Erul menyanyi dengan gayanya yang tersendiri dan ada masanya seperti ketika di korus, nyanyian Erul lebih bagus daripada penyanyi asal. Saya juga rasa sedikit ralat apabila Erul dibawa bertemu dengan ibunya sebelum dia membuat persembahan. Apabila anda rasa sedih dan menangis, ianya akan mengganggu vokal anda. Biar pun terkeluar, saya sangat suka dengan persembahan Erul, dan seribu kali saya katakan dia sepatutnya layak ke final!
Azri (Here Without You)
Sekali lagi saya sependapat dengan Dato' Siti. Vokal Azri sememangnya mantap dan dia membawakan kesedihan lagu tersebut dengan baik sekali. Cuma dia tidak membawa perwatakan lagu tersebut dalam perwatakan persembahannya. Macam kata Dato' Siti, pergerakan Azri agak 'lembik' dan tidak bermaya. Gayanya terlalu bersahaja. Masih terdengar sedikit bunyi suara asal menyanyi lagu ini, tetapi saya gembira kerana di bahagian verse, suara sebenar Azri berjaya dikeluarkan. Dia perlukan masa lagi untuk mencari identitinya yang sebenar. Saya pasti dia mampu melakukannya. Come on, Azri!
Hazama (Angin)
Seriously, pesembahan Hazama tidak pernah menghampakan. Benar, dia sangat beruntung kerana sering mendapat lagu genre yang diminatinya, tetapi dia tetap mencabar dirinya untuk menghasilkan persembahan yang cukup bagus, mantap dan dengan gayanya yang tersendiri. Pesanan Dato' Siti kepada Hazama, bila keluar nanti jangan meninggi diri dan menjadi 'poyo'. Saya yakin (dan amat berharap) Hazama tidak akan menjadi sebegitu kerana Hazama yang saya kenal adalah seorang yang sentiasa merendah diri dan menghormati orang lain.
Saya juga sangat suka dengan persembahan Fina dan Monoloque. Lagu Kanda Dinda tanpa nada tinggi memberikan saya nikmat sebenar suara Fina yang merdu. Tone Fina lebih refined and polished! Beliau juga nampak profesional membuat persembahan bersama Monoloque, cheeky dan tidak nampak janggal.
Saya menulis di sini melalui mengamatan saya ketika menonton konsert di Studio 1, melihat dan mendengar persembahan mereka secara live, dan kadangkala menonton kembali ulangannya. Saya suka dengan semua pelajar yang boleh menyanyi dengan baik. Saya sebenarnya tidak ambil kisah bila ada segelintir yang membuat andaian saya anti dengan Fina. Sebelum ini pun, ada sekelompok yang kata saya anti dengan Hazama. Andaian mereka tidak menjadi masalah pun kepada saya kerana saya tahu siapa diri saya sendiri. Kecuali bila ada yang pendek akal meninggalkan komen seperti di bawah dalam entry blog saya minggu lalu:
"kpd pihak d atas..jgn jd bias k...imuniti ni tok konsert last week tenaga pengajar da bg markah da..bodo ke pe..kte wartawan..tlg r wat research lu..xde telinga ke???fina layak la base on konsert last week...org nk jd wartawan ko pn nk jd wartawan
rozai_89 - 30-May-2011"
Pertama, saya sudah ulas tentang pemberian imuniti dalam entry blog saya sebelum ini. Kalau rozai_89 memilih untuk membaca hanya sebahagian daripadanya, siapa yang sebenarnya bodoh? Dan kalau awak pandai membaca, awak mesti tahu bahawa ini ialah blog entry dan saya penulis blog. saya bukan wartawan dan walaupun saya mempunyai ijazah serta kelayakan untuk menjadi wartawan, saya belum teringin untuk menjadi wartawan.
Saya ulang, ini adalah BLOG! Kalau awak tidak pandai membaca, silalah ke kelas dulu ya! Jika nak komen sebarangan, awak yang nampak tidak bijak. Saya sengaja memilih komen yang awak tinggalkan sebagai contoh komen orang yang tidak bijak! Dan seperti yang pernah saya tulis di blog ini dulu (mungkin awak mempunyai kesukaran membaca!) walaupun awak hanya menggunakan nama samaran dan orang lain tidak kenal siapa awak, awak tetap kenal diri sendiri dan awak sendiri akan tahu betapa ceteknya akal awak!
On a lighter note, jika anda peminat tegar AF9, anda tak mahu lepaskan konsert kenangan AFNIL pada 11 Jun 2011, 9 malam di Astro Ria. Anda akan ketawa terbahak-bahak dan anda akan menangis melihat kenangan-kenangan lalu. Inilah realiti satu keluarga AF dan akan tahu jika anda adalah the true AF fans.Jom buat ramalan tentang kedudukan empat finalis selepas konsert final nanti. Ini ramalan saya. Juara: Hazama; Naib Juara: Fina; Ketiga: Lena; Keempat: Azri. Bagaimana dengan ramalan anda? Wallahualam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini ramalan saya. Juara: Hazama; Naib Juara: Fina; Ketiga: Lena; Keempat: Azri. Bagaimana dengan ramalan anda? Wallahualamsantubung Post at 6-6-2011 13:08
RAMALAN kerr???? Bukan itu sudah ditetapkan kerrr???? |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon nak lena yang tersingkir... huhhuhuh... sian gak erul walaupun dia nyanyi tak best arini
kernasayang Post at 4-6-2011 23:34
betul..kesian tengok erul sujud syuko... |
|
|
|
|
|
|
|
eh tiba2 lak si bad ni tukar tune??? awal2 hr tu bkn main anti pendatang tanpa izin berdua tu?? sejak minggu lepas berubah selera lak.... ada apa2 deal dgn astro ker??? aku tak tuduh ye, cuma tanya je |
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih suka kalau si polan tu kuar..
boleh lihat ERUL & AZRI di pentas final
sedih lar ERUL terkeluar... |
|
|
|
|
|
|
|
RAMALAN kerr???? Bukan itu sudah ditetapkan kerrr????
ColbyRaikkonen Post at 6-6-2011 15:10
abang bad dah bagi hint tu .......... bunga2 dah ader. malah dah cetak pun keputusan mlm nanti. opssss!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku bukan peminat Erul.. tp aku rasa Azri/Lena patut tersingkir.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
mek mmg nk erul tersingkir.. sama ngan kay ngan afif..
tp penyingkiran erul ala2 sadis .gtu..
elorna Post at 6-6-2011 11:25
elorna tak sokong erul ghupenya..
so elorna sokong sape>? |
|
|
|
|
|
|
|
BH: Konsert Minggu 9 AF9, Sujud Syukur Yang Malang
6 JUN 2011
Assalamualaikum dan salam sej ...
santubung Post at 6-6-2011 13:08
pape ape yg keluar nehh??
malunya baca tajuk tuhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# af_mania
ko nie anti betul gan hazama yek...sebab fir nangis x dpt msuk ke?coyyyyyy...tu yg ko mengoyan yek |
|
|
|
|
|
|
|
elorna tak sokong erul ghupenya..
so elorna sokong sape>?
psychoz Post at 6-6-2011 17:15
mek sokong fina ngan hazama!!! |
|
|
|
|
|
|
|
jgn kerana citarasa kita berbeda kita putus kasih plak!!!
elorna Post at 7-6-2011 09:34
ikatan kasih yg terjalin antara kita tak mungkin terputus sayang |
|
|
|
|
|
|
|
BH: Konsert Minggu 9 AF9, Sujud Syukur Yang Malang
6 JUN 2011
Assalamualaikum dan salam sej ...
santubung Post at 6-6-2011 13:08
ada betul tulisan ni.. tu yg mek kata sian kat erul!!!
wlupun mek mmg nk erul tersingkir.. tp bukan ngan cara camtu..
mek terkedu sat!! nk nangis ke nk tepok tgn cam masa kay & afif tersingkir!! |
|
|
|
|
|
|
|
ikatan kasih yg terjalin antara kita tak mungkin terputus sayang
psychoz Post at 7-6-2011 09:42
sungguh utuh kasih syg mu.. mek hrgai sgt!! |
|
|
|
|
|
|
|
sungguh utuh kasih syg mu.. mek hrgai sgt!!
elorna Post at 7-6-2011 09:58
apa saja untukmu |
|
|
|
|
|
|
|
aq peminat erul.. bagi aq erul layak ke final.. erul memang nampak kesungguhan dia bile belajar dan menyanyi... sebab utama aq minat erul sebab suara erul yg bagi unik, lantang, jelas dan lain dari yang lain... kepada fanatik hazama ... kenapa korang dengki sanagt kat erul... ape salah erul terhadap korang... cuma orang giler je kaat suara erul x sedap... aq berani cakap... kalau anda fanatik hazama x suke erul.. x yahlah nk mengata cam 2... ingatlah x de manusai yg perfect... setiap orang ade kelebihan dan kelemahan masing2... erul ni memang berbakat besar... verstail, boleh menari dan sebagainya... memang full pakej... agak sedih dan terkilan erul tersingkir sebab erul ade bakat yg besar ... dia boleh pergi jauh dengan bakat dia... ala x dapat pergi final x bererti x leh berjaya... buktikan dengan kerja keras untuk berjaya... da memang bukan rezeki erul x sampai final... erul pn terima dengan redha... rezeki ade kat mane2 asalkan kite pandai merebut peluang... 4 finalis yg bertanding ni aq x minat... tapi aq x benci diaorg... rezeki masing2... untuk konsert final pn x tengok... diari pn d ax layan... undian telah dihentikan.... semoga erul success lepas kuan dari af9... erul ade bakat... erul the best.... kepada yg x suke mahupun x minat diam sudahlah wei... |
|
|
|
|
|
|
| |
|