CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21414|Reply: 13

Perniagaan Futsal - Masih Untungkah Sekarang?

[Copy link]
Post time 19-6-2011 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Salam Sejahtera

Saya nak bertanya pendapat dari forumer sekalian mengenai perniagaan futsal. Saya tahu sudah ada thread membincangkan mengenai futsal sebelum ini. Yang terakhir bila saya search adalah pada awal tahun 2010. Memandangkan sekarang sudah di pertengahan 2011, saya bercadang bertanyakan mengenai perniagaan futsal untuk waktu sekarang.

Persoalan saya, sekarang kerajaan telah membina banyak gelanggang gelanggang futsal. Jadi untuk usahawan baru yang mahu menceburi perniagaan futsal, masih berbaloikah. Persaingan tinggi kan?
Saya ada buat survey, waktu yang memang ramai orang adalah pada waktu malam, weekend dan hari cuti.

Saya bercadang nak buka futsal dengan 7 gelanggang - 6 gelanggang standard dan 1 gelanggang fifa.

Kalau boleh, saya harap forumer lain dapat memberikan maklum balas supaya saya tidak tersilap langkah. Sebab kos semuanya hampir 1 juta. Saya berharap dapat semula return of investment dalam masa 6 - 8 tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2011 10:26 PM | Show all posts
ko nak bukak kat ner?honetly aku mls bsukan...kaum lelaki maybe suka kot futsal nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2011 10:28 PM | Show all posts
ko nak bukak kat ner?honetly aku mls bsukan...kaum lelaki maybe suka kot futsal nih...
akmalmohdy Post at 19-6-2011 22:26



    tak sure lagi... sekarang tengah survey tempat... kalau boleh nak bukak berdekatan dengan kawasan universiti...

lagi satu.. sport planet kajang dah tutup kan.. rugi ke perniagaan futsal di sport planet kajang?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2011 10:39 PM | Show all posts
kat universiti maybe akan laku..tp aku rase uni pon ade dewan sukan diorang sendiri...macam free gak masuk dewan sukan kat university kan...ko cube survey dulu..kalu tak silap aku mmg uni ade dewan sukan n gym depa sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 12:07 AM | Show all posts
Macam ok je kalau bukak futsal court, tapi kalau boleh tempat yang ada student laa..
Sebab masa saya study, member2 lelaki memang selalu pergi, kadang2 hari bukan weekend pun dorang akan pergi, biasanya dalam kul 11malam dan keatas..

Sometimes dorang pergi main futsal untuk maintain fitness dorang.. sbb among dorg tu ada player uni, player faculty ataupun sekadar suka2.. Tp, dalam seminggu at least sekali dorang akan pergi..

And then, pada pengamatan saya, bukan student je yang suka main futsal, orang bekerja pun sama jugak kan, sebab futsal ni boleh hilangkan stress and this sport bukan hanya focus kat lelaki je tapi perempuan pun ada yang suka kan..

Selain tu, sesetengah company, ada yang buat friendly match untuk staff and ada jugak uni student yang akan buat tournament, so futsal court sangat di perlukan..

So terpulang kepada TT nak buat marketing strategy yang mcm mana.. Nak provide package ke, its up to you..

Ni just pandangan saya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 02:02 AM | Show all posts
Cari lokasi baik sikit, boleh buka gerai makan/ minum sekali.

Tapi sewa tentu tinggi, kawan saya punya fulsal kat jln 222 PJ sewa rm 42k sebulan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-6-2011 08:41 PM | Show all posts
Macam ok je kalau bukak futsal court, tapi kalau boleh tempat yang ada student laa..
Sebab masa say ...
blusher Post at 20-6-2011 00:07



    Salam

Saya sekarang dah ubah plan

Nak buat 4 gelanggang bersaiz FIFA

rasanya orang lagi suka main FIFA size kan... daripada saya buat 6 court kecil, lebih baik saya buat saiz FIFA

dan padang dia ada dua jenis, satu interlock dan satu grass sintetik

disamping itu
cadangannya nak buat ladies night, student rate dan book by block special rate...

bola nak pakai bola nike

kalau sewa kasut okay ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:12 PM | Show all posts
Reply 7# TGV


   Kasut? Selalunya orang yang main futsal ni memang selalunya dah ada kasut kan.. i mean, memang dorang dah ready bawak kasut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2011 11:29 PM | Show all posts
Reply  TGV


   Kasut? Selalunya orang yang main futsal ni memang selalunya dah ada kasut kan..  ...
blusher Post at 20-6-2011 23:12



    i mean saya nak beli katsul futsal jenama nike dan adidas yang berkualiti tinggi... dan sewakan pada harga macam rm3 sejam...
so salah satu tarikan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 02:41 AM | Show all posts
Gelanggang kecik kena ada gak, maybe ladies nak court yg kecik dan kurang penat.

Pasal sewa kasut pun idea yg baik.. boleh try je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 09:59 AM | Show all posts
bapa kepada kawan saya ada membuka gelanggang futsal di muar, johor dengan kos anggaran lebih kurang RM 450 ribu. Cuma dia bernasib baik kerana tanah tersebut merupakan tanah beliau sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 10:01 AM | Show all posts
dengan kos tersebut hanya dapat menghasilkan 2 gelanggang futsal sahaja bersama fasiliti secukupnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 09:58 AM | Show all posts
Di faham kan futsal Sport Planet Kajang tutup sebab pengurusan. Saya bercadang membuka tempat futsal di Rinching, berdekatan dengan tesco semenyih. Masalahnya sekarang, di kawasan ini ada futsal gak, tp 2 court kecik sahaja, saya bercadang membuka 3 biasa dan 1 fifa... target saya sewa ketika pick time adalah rm100, tapi futsal berdekatan menawarkan rm70 sejam.. adakah ini satu impact bsr? di fahamkan kebanyakan tmpt futsal dh turun harga.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2012 11:49 AM | Show all posts
my husband sedang run biz futsal fifa size di KLFA desa melawati ..
skrg nov ada promo ...
so far mmg org carik la di samping bola padang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.067170 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list