CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: myahakeem

DOA UNTUK KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA/KELUARGA

[Copy link]
 Author| Post time 24-11-2011 11:41 PM | Show all posts
salamm......sesiapa yang ada masalah ngan suami yang tak ingat  ke kita..boleh cuba amalkan ini.. Sa ...
naniey12 Post at 23-11-2011 23:51



   rasanya surah alwaqiah tu start dr ayat 35-38....inna ansha'na hunna insha'a...pastu sambung hingga 38
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2011 03:40 PM | Show all posts
Good infotq for sharing..
info yang sangat menarik..akan ku amalkan demi keharmonian rumahtangga ku itu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 11:24 PM | Show all posts
JOM KONGSI DOA SLPS SOLAT.....


Mulakan dgn Bismillah…dan Selawat sebanyak 3x…..

" Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami. Ampunkanlah segala dosa suami ku/isteriku ..Ampunkan segala dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil..Ampunkan segala dosa anak2 kami Ya Allah…
Ya Allah, jgnlah kau pesongkan hati kami setelah kau berikan kami taufik dan hidayahmu..teguhkanlah hati kami supaya sentiasa bertakwa dan beriman kepada mu Ya Allah…
Ya Allah, jadikanlah kami org2 yg sentiasa mensyukuri nikmatmu, sentiasa mengingatimu dan sentiasa menambahkan amal ibadat kami kepada mu Ya Allah..ikhlaskanlah segala amal ibadat kami dan jdkan ianya sbg satu tanda mensyukuri segala nikmatmu dan bukan utk meminta2 drpdmu, Ya Allah…
ya Allah, pimpinlah kami kejalan Mu yang lurus ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
susah kami bantulah ya Allah, beban kami ringankanlah ya Allah, kesusahan kami permudahkanlah ya Allah, hajat kami tunaikan ya Allah..dosa kami ampunkanlah ya Allah, aib kami tutuplah ya Allah, keras hati kami lembutkanlah ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
rumahtangga dan keluarga kami bahagiakanlah di dunia dan akhirat,selamanya, Ya Allah
ya Allah, jadikanlah diriku seorang isteri, wanita muslimah yg solehah/lelaki muslim yg soleh yg membahagiakan hati se mua org, yg pengasih, penyayang, penyabar, bertanggungjawab, ikhlas dan berakhlak mulia… suami ku solehkanlah ya Allah, jdkanlah suamiku, lelaki yg membahagiakan hati kami semua..Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah anak2 kami org2 yg soleh dan solehah, yg hafiz dan hafizah, yg berjaya didunia dan akhirat, hidayahkanlah hati2 mereka supaya sentiasa mencari keredhaanmu dunia dan akhirat..tutupkanlah hati mereka drpd perkara2 kemungkaran dan kejahatan…jadikanlah anak2 kami penyejuk mata dan hati kami dengan ketakwaannya padamu…

Ya Allah Ya Tuhan kami,
gantikanlah segala kesedihan hati kami dengan kegembiraan dari Mu ya Allah, gantikanlah segala kekusutan hati kami dengan ketenangan dari Mu, gantikanlah segala kesusahan kami dengan pertolongan dari Mu, dan gantikanlah segala kerugian kami dgn rezeki yg lebih baik dan berlipat kali ganda darimu Ya Allah

Ya Allah berikan keselamatan kepada kami dunia dan akhirat, hindarkan kami dari segala mara bahaya dan bencana, jauhkan kami dr segala kejahatan manusia, jin dan iblis, dan hindarkan kami dr perkara yg tidak mampu kami tanggung ya Allah, hidayahkanlah hati kami.
Ya Allah,Berikan kami rezeki yg mencukupi, yg halal, yg diberkati dan melimpah ruah. …kau limpahkanlah dgn penuh keberkatan, rahmat dan nikmat dr mu.. Ya Allah, setelah kau berikan kami rezekimu, jgnlah pula kau tariknya dr kami..
Ya Allah, kau cukupkanlah kami dgn rezekimu yg halal sehingga terhindar dr yg haram, dan kayakanlah kami dgn anugerahmu sehingga kami tidak meminta kpd yg lain selain dr mu ya Allah…
berikanlah sumber rezeki itu dan tunjukkanlah jalannya. Berikan kami pengakhiran hidup yg baik.

Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah segala usaha kami kearah kebaikan, jayakanlah ianya berterusan dunia dan akhirat.  Janganlah engkau sia2kan segala usaha dan perancangan kami kearah kebaikan ya Allah. Jauhkan diri dan hati kami dr sifat2 buruk ya Allah. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
berikan kekuatan keimanan kepada kami ya Allah,
sepertimana yang telah kau kau berikan kepada nabi Mu Ibrahim ya Allah,
berikan kami ketabahan didalam segala urusan hidup kami ya Allah, sepertimana yang telah kau berikan kepada nabi Mu Ayub ya Allah.

Berikan kami jalan keluar bagi segala permasalahan kami ya Allah, sepertimana yang telah Kau berikan kepada nabi Mu Yunus ya Allah.

Berikan kami kemurahan rezeki  sepertimana yang telah kau berikan kepada nabi Mu Sulaiman ya Allah.

Berikan kami bantuan dalam segala urusan kami ya Allah, sepertimana yang telah Kau berikan kepada nabi Mu Musa ya Allah.

Berikan kami akhlak dan adab ya Allah, sepertimana yang Kau berikan kepada nabi Mu Muhammad ya Allah.

Berikan kami keluarga yang bahagia ya Allah, sepertimana yang telah kau berikan kepada Saidina Ali dan Siti Fatimah, Ya Allah. "

Akhiri dgn selawat 3x…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2011 11:26 PM | Show all posts
kalau boleh semasa doakan utk anak2...sebut nama anak2 seorang demi seorang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2011 07:42 AM | Show all posts
RAHSIA BISMILLAH ENAM

Makbul segala hajat dan cita-cita.
Luas rezkinya.
Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
Menang dalam peperangan.
Penerang hati.
Diajuhkan dari segala penyakit.
Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
Aman daripada binatang2 buas.
Air laut menjadi tawar.
Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
Terselamat dari karam dilaut.
Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2011 12:30 AM | Show all posts
RAHSIA BISMILLAH ENAM

Makbul segala hajat dan cita-cita.
Luas rezkinya.
Jika ditiup kpd perempu ...
myahakeem Post at 9-12-2011 07:42



   apa mende ni...???
sat boleh lihat jin n syaitan..sat boleh halau jin n syaitan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-12-2011 10:41 PM | Show all posts
ye lah..kalau niat nak tgk, blh ah tgk...kalau niat nak halau, boleh halau....its simple...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 11:52 AM | Show all posts
myahakeem posted on 8-12-2011 11:24 PM
JOM KONGSI DOA SLPS SOLAT.....

saya mintak izin copy yer. tq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2013 02:19 PM | Show all posts
zapid posted on 9-7-2013 11:52 AM
saya mintak izin copy yer. tq.

ok...silakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.049011 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list