CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

‘Tak janggal bersara’

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Bekas PM Singapura akan terus bantu majukan negaraSINGAPURA: Menteri Kanan Emeritus, Goh Chok Tong, menegaskan beliau tidak mengalami sebarang ‘kesan kejanggalan” selepas secara rasmi bersara daripada Kabinet, kira-kira sehari selepas ahli Kabinet baru mengangkat sumpah di Istana.\rBeliau berkata demikian di laman sosial Facebook, GRC Marine Parade, MParader, lapor berita harian Singapura, semalam.\r\n\n\n\n\r   Dalam kirimannya itu, Goh juga mendedahkan beliau menerima gelaran \'Menteri Kanan Emeritus\' yang diberi kepadanya oleh Perdana Menteri (PM), Lee Hsien Loong.\r\r\n\n\n\n\n   Goh berkata gelaran itu diterima kerana ingin memajukan hubungan antarabangsa Singapura. Beliau mempunyai banyak pengalaman selain rakan-rakan yang dapat membantunya terutama sekali di China, India, Jepun dan rantau Asia Barat.\rKetika mengumumkan barisan Kabinet barunya Rabu lalu, PM Lee berkata beliau menawarkan gelaran Emeritus kepada kedua-dua mantan perdana menteri Singapura, Goh dan Lee Kuan Yew.\rGelaran berkenaan melambangkan kedudukan mereka yang sudah bersara namun mengekalkan nama jawatan  sebagai status kehormat selain bertujuan memanfaatkan pengalaman luas dan kebijaksanaan mereka, kata PM Lee.\rBeliau juga yakin walaupun sudah bersara daripada Kabinet, negarawan terbabit akan terus menjalin hubungan dengan rangkaian luas mereka di luar negara.\r\n\n\n\n\rLee menolak gelaran berkenaan kerana berkata beliau tidak memerlukannya.\rDalam kiriman beliau di MParader, Goh juga meminta warga Singapura memanggilnya \'Encik Goh\' saja sebagai lambang persahabatan mereka di Facebook.\rKedua-dua bekas Perdana Menteri itu mengumumkan rancangan mahu bersara daripada Kabinet dalam satu kenyataan bersama pada 14 Mei lalu, seminggu selepas Pilihan Raya Umum 2011. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.042501 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list