|
PARIS: Pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki tidak langsung menunjukkan rasa rendah diri kepada lawan lebih veteran apabila menyingkirkan pemain Jepun, Kimiko Date-Krumm - pemain yang dua kali ganda lebih tua berbandingnya - 6-0, 6-2 pada pusingan pertama Terbuka Perancis, kelmarin.\rPilihan utama yang berusia 20 tahun itu, hanya mengambil masa 60 minit untuk menewaskan Date-Krumm, 40, dan akan berdepan pemain Kanada, Aleksandra Wozniak bagi menempah tempat ke pusingan 32 terakhir.\r\n\n\n\n\r “Ini permulaan yang baik bagi saya” kata Wozniacki.\r\r\n\n\n\n\n “Kali terakhir saya menentang Kimiko dulu lebih lama, di Wimbledon (2009, Wozniacki menang 5-7, 6-3, 6-1).\r“Dia bermain dengan gaya tenis yang agak berbeza, jadi sukar bagi saya untuk melakukan apa yang saya mahu. Tetapi ia tetap satu kemenangan dan saya gembira melangkah ke pusingan seterusnya.”\rBintang Denmark yang memenangi kejohanan keempatnya untuk tahun ini di Brussels minggu lalu, memasang sasaran memperbaiki pencapaian suku akhir tahun lalu di mana dia disekat juara, Francesca Schiavone. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|