|
Pelumba Sabah, Lauretta Eva cipta kejutan raih 2 emas\rSELANGOR terbukti pasukan yang perlu diberi perhatian apabila mengungguli Kejohanan Lumba Basikal Trek Terbuka Kuala Lumpur 2011 di Velodrom Kuala Lumpur di Cheras, semalam dengan keseluruhan lima emas, empat perak dan tiga gangsa.\r\n\n\n\n\r Jumlah itu mengatasi pencabar terdekat Perlis yang mengumpul tiga emas dan satu perak, termasuk emas Jupha Som Net dalam acara pecut 200 meter.\r\r\n\n\n\n\n Pada kejohanan tiga hari yang menjadi medan pemanas badan menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur, 2-12 Jun ini, Mohd Elmi Jumari mengutip emas terakhir Selangor dalam acara 1 kilometer ujian masa dengan catatan seminit 15.013 saat.\rNamun pelumba Sabah, Lauretta Eva Adrian mencipta kejutan tersendiri apabila merangkul dua emas pada hari terakhir semalam melalui acara 500 meter ujian masa wanita dan keirin dengan menewaskan pelumba lebih berpengalaman Perlis, Jupha Som Net.\rEmas keirin lelaki dimenangi pelumba Kedah, Mohd Fatah Amri Zaid dengan catatan 46.259s, Mohd Elmi dan Mohd Arfy Qhairant Amran (Melaka).\rTerdahulu, acara 20km perlumbaan mata wanita Bawah 21, pelumba Johor, Nurul Sakinah Abd Karim memenangi emas apabila mengumpul 44 mata, mengatasi pesaingnya Mardiana Mohd Radzi (Kedah) dan Nur Farah Ain Amran (Selangor).\r\n\n\n\n\rAhmad Fallanie Ali (Wilayah Persekutuan) memenangi perlumbaan mata terbuka 49 mata walaupun dicabar hebat Ahmad Fakhrullah Alias (Pahang) dan Mohd Shahrul Mat Amin (Terengganu). \rMohd Arfy pula membantu Melaka memenangi emas negeri itu apabila memenangi acara 200 meter pecut dan dua gangsa acara 1km ujian masa dan keirin.\rDua emas Lauretta Eva semalam membantu Sabah di tangga ketiga keseluruhan dengan dua emas dan satu perak, diikuti Kedah ( 1-4-2), Johor (1-3-3), Pahang (1-1-2), Melaka (1-1-2), Negeri Sembilan (1-0-0), Wilayah Persekutuan (1-0-0), Kelantan (0-1-0), Terengganu (0-0-3) dan Sarawak (0-0-1).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|