CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Perhitungan klasik Nadal, Federer

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Nadal mahu samai rekod Bjorn Borg\rPARIS: Laporan mengenai kemerosotan prestasi jaguh tenis Switzerland, Roger Federer sama besar seperti kenyataan jaguh Sepanyol, Rafa Nadal ketika kejohanan bahawa permainannya tidak cukup baik untuk merangkul kemenangan keenamnya di Roland Garros.     \r\n\n\n\n\r  Bagaimanapun dua bintang tenis era moden ini bakal bertemu pada final kejohanan Grand Slam Terbuka Perancis, esok selepas masing-masing berjaya menjinakkan dua jaguh yang semakin menyinar, Novak Djokovic dan Andy Murray dalam aksi separuh akhir, kelmarin.   \r  \r\n\n\n\n\n  Peminat di Roland Garros pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan pertembungan final Nadal lawan Federer dan ia digambarkan melalui sorakan serta sokongan kepada Federer ketika separuh akhir tatkala jaguh Switzerland itu menamatkan rentetan 42 kemenangan Djokovic tahun ini.\r“Dengan jelas, kelebihan terletak di tangan Nadal ketika ini,” kata Federer yang tewas tiga kali di Paris di tangan bintang Sepanyol itu. “Sesiapa yang memikirkan perlawanan ini akan menjadi mudah, mereka silap. Semua tahu berapa kali dia mengalahkan saya di sini, di Paris.” \rFederer, yang memiliki rekod 16 gelaran Grand Slam termasuk satu-satunya yang diraih di Perancis pada 2009, tidak begitu cemerlang ketika bermain di gelanggang tanah liat. Begitupun, ia berlainan buat Federer kali ini yang kelihatan gembira bermain di gelanggang tanah liat selepas tidak beraksi di final Grand Slam lebih setahun, tatkala Nadal merampas ranking nombor satu dan Djokovic pula terus memberi ancaman.\rDi sebalik peningkatan prestasi mendadak Federer, dia berdepan tugas besar pada final kerana hakikatnya Nadal hanya tewas sekali pada final Terbuka Perancis, iaitu tewas kepada Robin Soderling pada 2009.  \r\n\n\n\n   \rPemain berusia 25 tahun itu yang menewaskan Murray pada separuh akhir, terpaksa mengharungi perlawanan lima set, yang pertama dialaminya di Roland Garros pada pusingan pertama dan berhempas pulas menang pada perlawanan berikutnya sebelum menemui rentak, hinggakan menyatakan dia tidak bermain baik untuk  merangkul kejuaraan keenam dan menyamakan rekod Bjorn Borg di Paris.  - Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.071253 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list