View: 215|Reply: 0
|
Terengganu, Perlis gegar trek
[Copy link]
|
|
Pelumba Pahang, Selangor turut pamer cemerlang menang satu emasHARI ketiga berlangsungnya perlumbaan berbasikal trek, Terengganu dan Perlis menunjukkan penguasaan masing-masing dengan menambah dua pingat emas pada acara yang berlangsung di Velodrom Kuala Lumpur di Cheras, semalam.\rSehingga semalam, Terengganu dan Perlis masing-masing mengumpul tiga emas apabila pasukan pantai timur itu menambah dua emas menerusi pelumbanya, Yusrizal Usoff dalam acara Perlumbaan Mata 30km lelaki dan pecut berpasukan wanita menerusi gandingan Ummi Hamimah Mohamad dan Zahraa Anuawar.\r\n\n\n\n\r Perlis menambah dua emas menerusi Ju Pha Som Net dalam acara 3,000 meter Kejar Mengejar Individu dan 200 meter Pecut wanita.\r\r\n\n\n\n\n Pada sebelah pagi, pelumba Pahang, Ahmad Fakrullah Alias meraih emas pertama bagi dirinya dalam acara 4,000 meter Kejar Mengejar Individu lelaki apabila menundukkan Wan Syazwan Afiq Wan Shahril Anwar dari Wilayah Persekutuan.\rAhmad Fakrullah yang bergandingan dengan Ahmad Azhar Arshad dan Muhamad Aim Mohamad Fauzi juga membantu Pahang memenangi perak dalam acara Pecut Berpasukan lelaki selepas tumpas kepada trio Selangor, Hamdan Hamidun, Malek Marcus Mcrone dan Muhammad Elmi Jumari.\r“Memang saya sasarkan untuk menang dalam acara kejar mengejar kerana ingin membalas dendam selepas kecewa dalam perlumbaan Scratch, Sabtu lalu. Namun apabila menyertai Pecut Berpasukan yang berlangsung tidak lama selepas itu, saya keletihan dan tidak bertenaga lagi,” katanya.\rDalam dua lagi acara akhir semalam, Mohd Fattah Amri membantu Kedah meraih emas pertama di trek apabila bersaing sengit dengan pelumba Johor, Mohamad Fakhruddin Daud selepas menang 2-1 manakala pelumba Melaka, Muhd Arfy Qhairant Amran menang gangsa selepas menumpaskan pelumba Kedah, Mohd Hazmir Azeman.\r\n\n\n\n \rPerlumbaan Mata 20km wanita pula menyaksikan pelumba Selangor, Nurul Ahmar Badeuzzaman yang mengumpul 38 mata memenangi emas, diikuti pelumba Terengganu Zahraa Anuawar (26 mata) dan Nurul Nadia Mohamad Fauzi dari Pahang (16 mata).
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|