|
PARIS: Rafael Nadal percaya kejuaraan keenam Terbuka Perancis mampu membuka jalan buatnya mempertahankan gelaran Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat, sekali gus menambah koleksi Grand Slam dalam kariernya kepada 12.\rPemain nombor satu dunia, Nadal, menyamai rekod enam kejuaraan di Roland Garros Bjorn Borg dengan kemenangan 7-5, 7-6 (7/3), 5-7, 6-1 ke atas musuh ketat, Roger Federer, sambil melebarkan rekod kariernya di Paris kepada 45 kemenangan dan hanya satu kekalahan.\r\n\n\n\n\r Kemenangan itu juga adalah yang ke-17 daripada 25 pertemuan dengan Federer dan menjadi tonik terbaik dalam usahanya memusnahkan harapan bintang Switzerland itu untuk merampas semula kejuaraan Wimbledon bulan depan.\r\r\n\n\n\n\n “Terbuka Perancis sentiasa menjadi kejohanan istimewa buat saya dan ia memberikan peluang terbesar buat saya tahun ini. Jadi jika saya menang di sini, saya tahu tahun ini akan berjalan lancar,” kata pemain Sepanyol berusia 25 tahun itu.\r“Tekanan akan semakin berkurangan buat saya untuk baki saingan musim ini. Keyakinan saya pula semakin meningkat. Biasanya selepas menang di sini, musim saya akan berakhir dengan cemerlang.” \rSetahun lalu, kejuaraan di Roland Garros membuka jalan buatnya menjuarai Wimbledon dan Terbuka AS. \rKejayaan kelmarin muncul sebagai penebus kecewa Nadal yang tiba di Paris dengan empat kekalahan final Masters di tangan Novak Djokovic, manakala dua yang terakhir adalah kejohanan gelanggang tanah liat kegemaran Nadal di Madrid dan Rome.\r\n\n\n\n\r“Saya datang ke sini dengan keyakinan yang pudar berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana saya melihat Novak bermain dengan cemerlang,” kata Nadal. “Tetapi saya meningkatkan latihan dan yakin dapat bermain baik di sini, jika tidak saya sudah pulang awal.”\rCabaran Nadal seterusnya ialah kejohanan di Queens Club sebelum kembali menyesuaikan diri dengan gelanggang rumput Wimbledon yang pernah dikuasainya pada 2008 dan 2010. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|