CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85|Reply: 0

Terengganu tekad balas dendam Sabtu ini

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
LUKA Terengganu disifatkan masih parah dan penawar duka buat barisan didik Irfan Bakti Abu Salim ketika ini harus berkisar kepada usaha membalas dendam ke atas Kelantan dalam final Piala FA, Sabtu ini.\rKekalahan 0-3 dalam saingan Liga Super di halaman sendiri, kelmarin harus menyentap peluang memburu gelaran liga yang kini semakin jelas boleh menjadi milik The Red Warriors.\r\n\n\n\n\r  Apapun, pengendali skuad Terengganu bertekad untuk bangkit memadamkan memori duka itu dengan mengatur strategi lebih berkesan agar pemain tidak mengulangi kesilapan seperti perlawanan tempoh hari.\r\r\n\n\n\n\n “Saya agak kecewa dengan persembahan ditunjukkan anak buah ketika tewas kepada Kelantan. Kami akan cuba bangkit pada pentas final nanti,” katanya.\rIrfan tidak menafikan kehambaran penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee yang juga penjaga gol skuad kebangsaan sebagai antara punca kekalahan mereka kepada lawan yang disifatkan sebagai ‘gol lembik’ di hadapan penyokong sendiri.\r“Sebagai penjaga gol kebangsaan, Sharbinee tidak patut meninggalkan gawang terlalu jauh dan kesilapan itu  memberi ruang mudah kepada Kelantan untuk menambah jaringan,” katanya.\rCorak permainan Terengganu dilihat pincang tanpa kehadiran penyerang Ashaari Samsudin yang digantung satu perlawanan, mengakibatkan dua lagi penyerang iaitu Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat seakan-akan kehilangan rentak.\r\n\n\n\n\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.047257 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list