CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 106|Reply: 0

FAM denda PBNS RM30,000

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Insiden bakar bendera Kelantan oleh penyokong Hoben Jang Hoben bawa padahANGKARA penyokong tidak bertanggungjawab, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) menerima padah didenda RM30,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.\rHukuman itu diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang semalam, khas bagi membincangkan insiden membakar bendera Kelantan oleh penyokong Negeri Sembilan pada pertemuan Liga Super antara dua pasukan berkenaan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi 10 Mei lalu.\r\n\n\n\n\r“Kami menganggap perbuatan membakar bendera ini amat serius dan hukuman yang dikenakan adalah sebagai amaran dan peringatan kepada semua pihak supaya perkara ini tidak berulang,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Mohd Taufik Razak kepada media, semalam.\r\r\n\n\n\n\n“Menjelang final Piala FA antara Kelantan dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini (esok), saya harap penyokong kedua-dua pasukan menjaga disiplin supaya perlawanan berjalan lancar.\r“Sebenarnya PBNS boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, tetapi selepas menimbangkan persiapan yang mereka lakukan sebagai tuan rumah, kami mengurangkannya kepada RM30,000 yang dirasakan sudah memadai.”\rMenurut Taufik, walaupun tiada laporan dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengenai insiden berkenaan, FAM masih boleh mengambil tindakan berdasarkan laporan media termasuk bukti visual.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.051173 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list