CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Panglima gesa raja dilindungi

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Prayut yang menyokong parti pemerintah minta rakyat jadi baik\rBANGKOK: Panglima Angkatan Tentera Thailand dilaporkan muncul dalam televisyen kebangsaan menggesa pengundi untuk melindungi raja, dalam satu serangan terhadap pembangkang beberapa minggu sebelum pilihan raya umum.\r\n\n\n\n\r“Jika anda membenarkan berulangnya pilihan raya sama, kita selalu akan mendapat keputusan sama,” kata Jeneral Prayut Chan-O-Cha, berpakaian seragam tentera lengkap berkata dalam satu temu bual disiarkan dalam dua rangkaian televisyen dikendalikan tentera lewat kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n“Saya mahu anda menggunakan pertimbangan yang sesuai untuk menjadikan negara dan raja kita selamat dan mempunyai rakyat yang baik memerintah negara ini,” katanya yang menyokong parti pemerintah Demokrat, yang berkuasa dengan mendapat sokongan tentera.\rParti yang dikaitkan kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra memenangi kebanyakan kerusi dalam empat pilihan raya lalu, tetapi bekas jutawan telekom itu digulingkan dalam satu rampasan kuasa 2006 dan mahkamah menarik balik keputusan dalam dua pilihan raya terakhir.\rAdik perempuan Thaksin, Yingluck Shinawatra adalah calon parti pembangkang utama bagi perdana menteri dan kajian pendapat menunjukkan bahawa Parti Puea Thai mendahului parti Demokratik Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva menjelang pilihan raya 3 Julai ini.\rTentera Thailand mempunyai sejarah sejak sekian lama campur tangan dalam politik dengan 18 cubaan rampasan kuasa sejak 1932.\r\n\n\n\n\rCampur tangan tentera pada 2006 mengheret negara itu ke dalam tempoh ketidakstabilan politik dan rusuhan berdarah termasuk pertempuran jalanan di antara tentera dan penunjuk perasaan pada April dan Mei tahun lalu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 90 orang maut dan kira-kira 1,900 orang cedera.\rAtas arahan panglima tertingginya, pihak tentera pada April memfailkan aduan terhadap tiga pemimpin pembangkang ‘Baju Merah’ kerana didakwa menghina institusi diraja ketika berucap dalam perhimpunan mereka. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 2.406081 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list