CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

Laman web CIA digodam

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Lulz Security mengaku serang\rBOSTON: Laman web awam Agensi Perisikan Pusat (CIA) lumpuh semalam apabila kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka Lulz Security mengaku melancarkan serangan ke atasnya.\r\n\n\n\n\rLulz Security sebelum ini mengaku bertanggungjawab dalam  beberapa serangan ke atas Senat Amerika, Sony Corp, News Corp dan Rangkaian Sistem Penyiaran Amerika.\r\r\n\n\n\n\nLaman CIA pada mulanya tidak boleh diakses dari New York ke San Francisco dan Bangalore ke London. Bagaimanapun pada sebelah petang  ia boleh diakses sekali sekala.\r“Kami sedang menyiasat laporan ini,” kata   jurucakap CIA.\rLulz Security menghapuskan halaman depan laman web, menghantar maklumat peribadi mengenai pelanggan dan pentadbir dan mendedahkan carta organisasi beberapa laman.\rPenganalisis keselamatan bagaimanapun tidak memandang serius kesan serangan ini dan berkata penggodam sekadar menunjuk-nunjuk untuk mendapat seberapa banyak perhatian yang boleh. \r“Dalam kes serangan ke atas laman CIA, penggodam tidak boleh mengkases data sensitif dengan menceroboh laman web umum agensi itu. Apa yang dilakukan hanyalah untuk menyatakan betapa hebatnya mereka dan betapa teruknya sistem keselamatan CIA,” kata penulis bersama buku Inside Cyber Warfare: Mapping the Cyber Underworld, Jeffrey Carr.\rLulz yang mempunyai anggota di seluruh dunia, mengumumkan serangan itu sejurus sebelum jam 6 petang waktu Pantai Timur.\rWalaupun kumpulan itu yang juga dikenali sebagai Lulz Boat, menunjukkan imej yang lebih menjurus kepada aktivis, anggotanya dikehendaki oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pihak berkuasa lain kerana melanggar undang-undang. –  Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.078487 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list