CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

Sandra benci aksi seks, seram

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Aktres Indonesia anggap tiada mutu\rJAKARTA: Aktres Sandra Dewi secara umumnya mengakui tidak memilih watak dalam filem dan kebanyakan peranan yang dimainkannya selama ini selalu dihayati dengan baik,  tetapi dia akan menolak watak dalam filem seram selain yang yang memerlukan penampilan seksi atau seksual.\r\n\n\n\n\rBintang kelahiran Pangkal Pinang, Bangka Belitung ini, menolak untuk berlakon dalam filem seram atau berunsur seks kerana berpegang kepada prinsip menjaga nilai ketimuran.\r\r\n\n\n\n\nSelain mahu menjaga reputasinya, Sandra mengakui tidak menyukai filem seram yang suka menampilkan pelakon seksi atau kisahnya ada unsur seks.\r\"Saya tidak suka filem seram yang memaparkan komedi seks. Saya juga takut menonton filem seram. jadi, saya akan menolak jika ditawarkan berlakon dalam filem seperti itu meskipun upahnya tinggi,\" katanya.\rPun begitu, dia  pernah terbabit dalam filem seperti itu pada awal kerjayanya berjudul Tarzan Kota berunsur komedi.\rTetapi, itulah kali pertama dan terakhir dia berlakon dalam filem jenis itu kerana terus menolak lakonan genre berkenaan sejak itu.\r\n\n\n\n\r\"Bagi saya, filem seperti itu tidak bermutu. Saya lebih gemar filem yang ada isu dan mengupas masalah kehidupan atau kisah yang dapat memberi inspirasi kepada penonton. Ada kepuasan tersendiri jika dapat berlakon dalam filem seperti itu,\" ujarnya.\rSandra berpendapat, filem tempatan hanya boleh menawan pasaran dalam negara dan menjadi \'tuan\' di tempat sendiri jika tema yang dipaparkan menampilkan masalah berkaitan dengan suka duka masyarakat sendiri.\r\"Itu tidak akan menjadi kenyataan selagi filem hantu atau komedi seks yang selalu ditayangkan pada masa ini. Filem itu hanya memalukan industri ketika masyarakat mahu filem serius,” katanya lagi.\rMengulas mengenai rancangan masa depannya, aktres itu memberitahu dia sedang memikirkan cara untuk tidak hanya bergantung kepada dunia lakonan sebagai punca pendapatan. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 09:15 PM GMT+8 , Processed in 1.276391 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list