CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

Satria Neo S2000 ungguli Rally De Nouvelle Caledonie

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
PROTON mengulangi kemenangan buat Malaysia dalam Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) 2011 apabila dua pemandunya masing-masing menamatkan saingan di tempat pertama dan ketiga pada Rally De Nouvelle Caledonie, semalam.\rMeraih kemenangan keduanya musim ini selepas memenangi pusingan pembuka tirai Rali Malaysia April lalu, Chris Atkinson dan juruarahnya, Stephane Prevot yang memandu jentera Satria Neo S2000 menamatkan saingan tiga hari itu dengan menewaskan pemandu pasukan Pertamina Cusco Racing, Rifat Sungkar yang memandu jentera lebih berkuasa Mitsubishi Lancer Evolution X.\r\n\n\n\n\r    Keazaman dan kegigihan rakan sepasukan, Alister McRae turut berbaloi apabila meraih tempat ketiga selepas terpaksa berusaha keras kerana tayar pancit dan kerosakan gandar pemacu.\r\r\n\n\n\n\n    Kemenangan di New Caledonia itu menyaksikan PROTON meraih bukan saja kedudukan keseluruhan, tetapi turut menduduki tangga teratas di kalangan pencabar APRC dan tempat teratas kategori Piala Pasifik, selain memenangi Trofi Berpasukan APRC.\r“Ini keputusan menakjubkan buat PROTON, keseluruhan pasukan serta saya dan Stephane secara peribadi. Perlumbaan yang kami harungi sebenarnya bukan tiada masalah terutama selepas kerosakan gandar pemacu pada hari kedua, tetapi kami bernasib baik kerana membina jurang besar untuk membolehkan ia diperbaiki,” kata Atkinson. \r“Daripada segi kuasa, prestasi dan realibiliti, Satria Neo S2000 beroperasi seperti permata pada hujung minggu ini.”\rDengan mata maksimum di New Caledonia, Atkinson melonjak untuk menerajui senarai Pemandu dengan 58 mata, dua mata di depan McRae manakala tempat ketiga diisi pemandu MRF, Gaurav Gill yang gagal menamatkan saingan di New Caledonia.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.045686 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list