CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

3 budak mangsa bedilan NATO

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pemberontak Libya akui kehabisan wang, dakwa Barat gagal tunai janjiBENGHAZI: Ketua pemberontak Libya berkata, pihaknya sudah kehabisan semua wang tunai dan kini ‘pokai’ selepas pertempuran dengan tentera kerajaan pimpinan Muammar Gaddafi berlarutan selama beberapa bulan, sambil menuduh Barat gagal menunaikan janji untuk menghantar bantuan kewangan yang amat diperlukan.\rKeadaan diburukkan lagi dengan pengakuan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebagai bertanggungjawab terhadap kematian orang awam selepas pegawai kerajaan menunjukkan kepada wartawan lima mayat tiga daripadanya kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan udara  di timur ibu negara Libya itu.\r\n\n\n\n\rNATO dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Brussels mengakui kematian orang awam dalam serangan yang menyasarkan sebuah lokasi peluru berpandu, kesilapan yang disifatkan sebagai memalukan pertubuhan itu.\r\r\n\n\n\n\n“Kami dapati salah satu senjata yang dilancarkan tidak mengenai sasaran berikutan kegagalan sistem sehingga menyebabkan kematian sejumlah orang awam,” kata kenyataan itu.\rJurucakap kerajaan Libya, Mussa Ibrahim menuduh pakatan Barat sengaja menyasarkan orang awam dan menegaskan tiada kemudahan tentera di sekitar lokasi diserang.\rBagaimanapun, pegawai pemberontak menyalahkan Gaddafi berikutan kematian yang berlaku dan mendakwa pemimpin itu sengaja menggunakan sekolah dan masjid untuk menyembunyikan senjata.\rSelain itu, Menteri Kewangan dan Minyak pemberontak, Ali Tarhouni berkata, pihaknya belum menerima sebarang bantuan kewangan sejak peperangan tercetus empat bulan lalu.\r\n\n\n\n\r“Kami tidak lagi mempunyai wang tunai. Kami sudah kehabisan segala-galanya. Ia benar-benar suatu kegagalan. Mereka (negara Barat) sama ada tidak memahami perkara ini, atau tidak ambil peduli. Mereka tidak menunaikan janji dan setakat ini kami belum terima apa-apa.\r“Kami menghargai semua perbincangan yang dibuat dengan negara berkenaan di semua persidangan dari sudut politik. Mereka menyampaikan ucapan yang hebat, tetapi dari segi kewangan, ia benar-benar satu kegagalan. Penyokong kami sedang menunggu ajal,” katanya dalam satu temuramah dengan agensi berita Reuters.\rTarhouni berkata keadaan ekonomi di timur Libya sedang menuju kehancuran. Pihak berkuasa terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan wang tunai bagi membiayai operasi tentera dan membayar gaji pekerja yang kebanyakannya berkhidmat di sektor kerajaan. – Reuters/AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.263126 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list